click!! click!!

MenjejakiSaya

Sunday, October 14, 2012

jalan dulu usah dikenang

Salam..
Bila aku kembali mengimbau masa lampau aku jadi malu,takut dan hina. Aku banyak habiskan masa aku dengan sia-sia. Ke mana arah tuju aku keliru. Aku mula hanyut dengan kesenangan. Dulunya aku bangga dengan kemewahan dan kesenangan hidup yang pada aku sangat mudah untuk dimiliki. Aku lupa dengan Maha Pencipta. Yaa aku lupa pada Mu Ya Allah. Bila aku ditimpa musibah aku mudah pula untuk inagt pada Engkau. Adakah itu benar lumrah seorang insan? Ya Allah..Aku mohon keampunan Mu.

Pernah suatu ketika aku rasa bangga dan hebat menunjukkan mahkota ku iaitu rambut. Aku kerap kali tukar fesyen rambut. Bagi aku, "wah..hebat ni..lelaki tengok aku..mesti diorang kata rambut aku cantik."..Sedikit pun tak terlintas untuk berhijab. Ya Allah bertapa angkuhnya aku huu maafkan aku Ya Allah..Aku pernah didatangi 3kali mimpi yang sama..Aku diamkan. Sebab ketika itu aku fikir mungkin itu hanyalah mainan mimpi. Aku mimpi seorang Ustaz, usah lah disebut namanya di sini. Dia memberitahu aku. "Pakai lah tudung. Sudah sampai masanya. Ingatlah azab." Nauzubillah..Mimpi ini tidak sama sekali aku ceritakan kepada sesiapa..Aku pernah jugak bermimpi arwah tok wan datang dalam mimpi dan suruh aku pakai tudung..Ya Allah..mungkin ini petunjuk dari Mu Ya Allah..

Seorang insan yang dekat dengan aku pun suruh aku pakai tudung. Dia pernah mengeluarkan satu ayat yang buat aku tersentuh. Dia kata "kenapa tunjuk gambar tak pakai tudung dekat Facebook dan blog? Kenapa tak letak gambar bogel saja"..Ayat dia menyentap perasaan aku. Aku mula berfikir. Yee mungkin sehina itu laa kiranya kita tidak berhijab. Aku mula untuk berubah kearah yang diredhai oleh mu Ya Allah :(

Hamba Mu memohon agar Engkau tetapkan lah iman aku..berikan lah aku cahaya nur Mu Ya Allah..

Maaf

Assalamualaikum readers..

Saya kini sudah berhijab. Untuk makluman semua saya sudah tidak mengupload gambar yang tidak berhijab. Ya Allah. Kuatkan lah iman hamba Mu ini..

Saya mohon maaf kepada kalian jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Harap yang lepas-lepas usah diungkit kembali aib saya. huu Anyone know hows to delete photo from Google and Yahoo? Bila kite Google image and Yahoo image definitely akan keluar gambar kite yang dulu-dulu huu

"Ya Allah. Moga hidayah yang Engkau berikan kepada aku akan berpanjangan hingga akhir hayat. Amin"

Saturday, October 13, 2012

independent

Salam..okey ni update untuk kali kedua for today. tak ada benda nak buat kat rumah sewa so start lah mencari idea untuk luahkan apa yang tersirat dalam kepala otak. Nak bercakap pasal independent atau maksud lain berdikari. Cuba kita check diri kita adakah kita dah cukup berdikari..
Saya dah banyak belajar erti berdikari dari partner saya. Dia banyak ajar cara susah and hows to solve the problem. Dulu saya sangat demand. Tak mau naik moto laa tak mau naik bus laa..sampai la dia pun pening and fed up dengan saya. Pelan-pelan dia ajar saya. So saya pun pelan-pelan ikut his style.Saya kurangkan merungut dan bermalasan. Buat planning without depend on my family. I try with my own way. Cari keje cepat-cepat sedangkan masa tu saya tengah tunggu final result untuk semester terakhir Ijazah. Alhamdulillah dengan first try interview kat MYEG Services Sdn Bhd saya terus di offer position Account Executive. hee Syukur kepada Allah SWT. Dah masuk 3bulan saya bekerja and i really love my work. Stress kat mana-mana pun ada kan. Tambahan pulak saya bekerja di bawah big boss chines and of cos their expectation out of limit lines..hee Mula keja dulu cuak jugak..hari-hari ada je buat salah and my boss kena ajar. tapi sekarang tidak lagi. but im still continue my studies.
Sekarang sedang tunggu nak konvo kat UiTM Arau. Saya cita-cita nak ada satu business part time as my side income. InsyaAllah im moving toward. Mohon Allah permudahkan segala nya..Nak berjaya solat jangan tinggal okey..Remind to myself..kadang-kadang bila senang je mudah laa lalai dan lupa pada Yang Esa. :(

bersabarlah sayang

Assalamualaikum..hari ni terasa macam nak bercerita something..tak sia-sia tasha belajar selama 3tahun untuk dapat segulung ijazah..28nov adalah hari yang bersejarah..tasha dah make a few plan untuk graduation day..tasha dah plan nak tempah baju exactly same like this..tapi kain tak pegi beli huu hopefully sempat lah kan..owh one more thing..tasha ada amik untuk outdoor photo shoot jugak untuk family and my partner..dalam hati teringin nak pakai jubah tu dan bergambar dengan partner pakai uniform..huu "sayang could u pls get the leave on my graduation day?" huu 


Nak pegi survey jugak butik kat seksyen 7 shah alam kot-kot ada baju yang ready make exactly same like this..malas nak pegi cari tailor sebenarnya..Hijab pun tasha plan nak pakai yang sakura shawl from Radiusite..Make up tasha tempah dari schoolmate..murah and quality sangat cantik..
hee bersabarlah sayang..tinggal berapa hari je lagii..:)

Tuesday, October 2, 2012

Assalamualaikum

hye.
short update for today.

To Abdul Hakam 

"I love You. Thanks for everything. Always be my second hero in my life after Papa hee Kite janji ea jaga hubungan kite sampai ke jinjang pelamin hee Amin"

To Mama Papa Adik2

"I miss You soo much sob sob.."