click!! click!!

MenjejakiSaya

Friday, November 30, 2012

28November2012

Salam..syukur alhamdulilahh dah selamat konvo and ni adalah konvo yang terbaiikkkk dalam hidup saya..Pada mulanya konvo saya dah ditetapkan oleh pihak Universiti pada petang Rabu tapi tah macam mana boleh tukar pulak jadi sesi petang so plan asal untuk mekap sebelum buat photoshoot gagal..tapi time tu saya memang tak berminat dan dah tawar hati untuk buat photoshoot sebab "someone" tak datang on my convocation. Ya Allah Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya time dalam hall dok tunggu nak amik skrol. aduiii..msg dengan "someone" pun macam nak tanak je sebab sebelum tu saya call dia tapi dia cakap nak tidur mengantuk and seperti biasa saya akan berfikir macam-macam dlam kepala otak..Saya dah dapat rasa yang dia bukan ada kat bilik..bunyi macam kat luar tapi dia tetap jugak berkeras cakap dia kat bilik..bila suruh sumpah dia tanak. haha kelakar.

Masa dalam dewan perasaan takut semua ada laa..nervous bak hang..bila dah habis semua keluar dewan tengok adek yang kecik pegang bear besar sama dengan size badan dia hehe hati dah mula berbunga-bunga. and I know dia dah datang. Pandang kiri kanan still tak nampak dia jugak..dia menyorok..ceh..last-last jumpa jugak..

Dia bagi bunga dengan bear besar gila..hehe dapat amik gambar sekali..lepas tu dia pun jumpa Mama Papa..lepas salam-salam kitaorang pun mula laa sesi bergambar.
Amik services dari member baik sendiri Aliyah..dia amik seorang RM120 and it worth it..sumpah tak tipu..Kembar saya yang gard kat UUM pun join bergambar dalam UiTM..yeah..hepi gila..

Finally dapat jugak "Ijazah" hee..Tq sayang..Tq Mama Papa..Tq Adek-adek.. Love!
And then dapat spend masa dengan buah hati kat rumah saya sendiri sambil di temani keluarga..sumpah suka sangat..
Mama Papa pun dah bagi green light..Mama kata "Suka kat dia ke? ajak laa kawen" hee berbunga dengar plus malu-malu kucing *wink
muka teruja heee

dengan kembar yeah..kami dah grad and bawak balik dua Ijazah untuk Mama Papa

suka gambar niii :)