click!! click!!

MenjejakiSaya

Thursday, August 15, 2013

Ketemu lagi

Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Blog yang dulunya di private atas sebab tertentu dah kembali di publickan. Syukur sangat-sangat sepanjang saya menyepi ni dah banyak pencapaian yang saya dah capai. Sekarang ni aktif dengan Herbalife. Busy kesana kesini dengan event Herbalife. Income pun masuk. Jom tengok-tengok gambar pulak.

 Gambar kat atas ni team saya. Alhamdulillah dapat team yang sgt supportive. Jom sama-sama maju dalam Herbalife. Sayang korang!

Yang gambar kat atas ni antara rutin yang saya buat. Follow up customer. Timbang berat badan new customer. Closing utk yang nak sama-sama buat side income dalam Herbalife.

Setakat ni dulu la saya update. Banyak lagi nak kena edit hee..Sampai kita ketemu nanti ea.

Anyone yang nak lose weight @ gain weight @ reshape let me know okey. Just leave ur phone number. i'll call u back. 013-4503105


Friday, November 30, 2012

28November2012

Salam..syukur alhamdulilahh dah selamat konvo and ni adalah konvo yang terbaiikkkk dalam hidup saya..Pada mulanya konvo saya dah ditetapkan oleh pihak Universiti pada petang Rabu tapi tah macam mana boleh tukar pulak jadi sesi petang so plan asal untuk mekap sebelum buat photoshoot gagal..tapi time tu saya memang tak berminat dan dah tawar hati untuk buat photoshoot sebab "someone" tak datang on my convocation. Ya Allah Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya time dalam hall dok tunggu nak amik skrol. aduiii..msg dengan "someone" pun macam nak tanak je sebab sebelum tu saya call dia tapi dia cakap nak tidur mengantuk and seperti biasa saya akan berfikir macam-macam dlam kepala otak..Saya dah dapat rasa yang dia bukan ada kat bilik..bunyi macam kat luar tapi dia tetap jugak berkeras cakap dia kat bilik..bila suruh sumpah dia tanak. haha kelakar.

Masa dalam dewan perasaan takut semua ada laa..nervous bak hang..bila dah habis semua keluar dewan tengok adek yang kecik pegang bear besar sama dengan size badan dia hehe hati dah mula berbunga-bunga. and I know dia dah datang. Pandang kiri kanan still tak nampak dia jugak..dia menyorok..ceh..last-last jumpa jugak..

Dia bagi bunga dengan bear besar gila..hehe dapat amik gambar sekali..lepas tu dia pun jumpa Mama Papa..lepas salam-salam kitaorang pun mula laa sesi bergambar.
Amik services dari member baik sendiri Aliyah..dia amik seorang RM120 and it worth it..sumpah tak tipu..Kembar saya yang gard kat UUM pun join bergambar dalam UiTM..yeah..hepi gila..

Finally dapat jugak "Ijazah" hee..Tq sayang..Tq Mama Papa..Tq Adek-adek.. Love!
And then dapat spend masa dengan buah hati kat rumah saya sendiri sambil di temani keluarga..sumpah suka sangat..
Mama Papa pun dah bagi green light..Mama kata "Suka kat dia ke? ajak laa kawen" hee berbunga dengar plus malu-malu kucing *wink
muka teruja heee

dengan kembar yeah..kami dah grad and bawak balik dua Ijazah untuk Mama Papa

suka gambar niii :)



Sunday, October 14, 2012

jalan dulu usah dikenang

Salam..
Bila aku kembali mengimbau masa lampau aku jadi malu,takut dan hina. Aku banyak habiskan masa aku dengan sia-sia. Ke mana arah tuju aku keliru. Aku mula hanyut dengan kesenangan. Dulunya aku bangga dengan kemewahan dan kesenangan hidup yang pada aku sangat mudah untuk dimiliki. Aku lupa dengan Maha Pencipta. Yaa aku lupa pada Mu Ya Allah. Bila aku ditimpa musibah aku mudah pula untuk inagt pada Engkau. Adakah itu benar lumrah seorang insan? Ya Allah..Aku mohon keampunan Mu.

Pernah suatu ketika aku rasa bangga dan hebat menunjukkan mahkota ku iaitu rambut. Aku kerap kali tukar fesyen rambut. Bagi aku, "wah..hebat ni..lelaki tengok aku..mesti diorang kata rambut aku cantik."..Sedikit pun tak terlintas untuk berhijab. Ya Allah bertapa angkuhnya aku huu maafkan aku Ya Allah..Aku pernah didatangi 3kali mimpi yang sama..Aku diamkan. Sebab ketika itu aku fikir mungkin itu hanyalah mainan mimpi. Aku mimpi seorang Ustaz, usah lah disebut namanya di sini. Dia memberitahu aku. "Pakai lah tudung. Sudah sampai masanya. Ingatlah azab." Nauzubillah..Mimpi ini tidak sama sekali aku ceritakan kepada sesiapa..Aku pernah jugak bermimpi arwah tok wan datang dalam mimpi dan suruh aku pakai tudung..Ya Allah..mungkin ini petunjuk dari Mu Ya Allah..

Seorang insan yang dekat dengan aku pun suruh aku pakai tudung. Dia pernah mengeluarkan satu ayat yang buat aku tersentuh. Dia kata "kenapa tunjuk gambar tak pakai tudung dekat Facebook dan blog? Kenapa tak letak gambar bogel saja"..Ayat dia menyentap perasaan aku. Aku mula berfikir. Yee mungkin sehina itu laa kiranya kita tidak berhijab. Aku mula untuk berubah kearah yang diredhai oleh mu Ya Allah :(

Hamba Mu memohon agar Engkau tetapkan lah iman aku..berikan lah aku cahaya nur Mu Ya Allah..

Maaf

Assalamualaikum readers..

Saya kini sudah berhijab. Untuk makluman semua saya sudah tidak mengupload gambar yang tidak berhijab. Ya Allah. Kuatkan lah iman hamba Mu ini..

Saya mohon maaf kepada kalian jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Harap yang lepas-lepas usah diungkit kembali aib saya. huu Anyone know hows to delete photo from Google and Yahoo? Bila kite Google image and Yahoo image definitely akan keluar gambar kite yang dulu-dulu huu

"Ya Allah. Moga hidayah yang Engkau berikan kepada aku akan berpanjangan hingga akhir hayat. Amin"

Saturday, October 13, 2012

independent

Salam..okey ni update untuk kali kedua for today. tak ada benda nak buat kat rumah sewa so start lah mencari idea untuk luahkan apa yang tersirat dalam kepala otak. Nak bercakap pasal independent atau maksud lain berdikari. Cuba kita check diri kita adakah kita dah cukup berdikari..
Saya dah banyak belajar erti berdikari dari partner saya. Dia banyak ajar cara susah and hows to solve the problem. Dulu saya sangat demand. Tak mau naik moto laa tak mau naik bus laa..sampai la dia pun pening and fed up dengan saya. Pelan-pelan dia ajar saya. So saya pun pelan-pelan ikut his style.Saya kurangkan merungut dan bermalasan. Buat planning without depend on my family. I try with my own way. Cari keje cepat-cepat sedangkan masa tu saya tengah tunggu final result untuk semester terakhir Ijazah. Alhamdulillah dengan first try interview kat MYEG Services Sdn Bhd saya terus di offer position Account Executive. hee Syukur kepada Allah SWT. Dah masuk 3bulan saya bekerja and i really love my work. Stress kat mana-mana pun ada kan. Tambahan pulak saya bekerja di bawah big boss chines and of cos their expectation out of limit lines..hee Mula keja dulu cuak jugak..hari-hari ada je buat salah and my boss kena ajar. tapi sekarang tidak lagi. but im still continue my studies.
Sekarang sedang tunggu nak konvo kat UiTM Arau. Saya cita-cita nak ada satu business part time as my side income. InsyaAllah im moving toward. Mohon Allah permudahkan segala nya..Nak berjaya solat jangan tinggal okey..Remind to myself..kadang-kadang bila senang je mudah laa lalai dan lupa pada Yang Esa. :(