click!! click!!

MenjejakiSaya

Showing posts with label KeterujaanGembira. Show all posts
Showing posts with label KeterujaanGembira. Show all posts

Friday, November 30, 2012

28November2012

Salam..syukur alhamdulilahh dah selamat konvo and ni adalah konvo yang terbaiikkkk dalam hidup saya..Pada mulanya konvo saya dah ditetapkan oleh pihak Universiti pada petang Rabu tapi tah macam mana boleh tukar pulak jadi sesi petang so plan asal untuk mekap sebelum buat photoshoot gagal..tapi time tu saya memang tak berminat dan dah tawar hati untuk buat photoshoot sebab "someone" tak datang on my convocation. Ya Allah Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya time dalam hall dok tunggu nak amik skrol. aduiii..msg dengan "someone" pun macam nak tanak je sebab sebelum tu saya call dia tapi dia cakap nak tidur mengantuk and seperti biasa saya akan berfikir macam-macam dlam kepala otak..Saya dah dapat rasa yang dia bukan ada kat bilik..bunyi macam kat luar tapi dia tetap jugak berkeras cakap dia kat bilik..bila suruh sumpah dia tanak. haha kelakar.

Masa dalam dewan perasaan takut semua ada laa..nervous bak hang..bila dah habis semua keluar dewan tengok adek yang kecik pegang bear besar sama dengan size badan dia hehe hati dah mula berbunga-bunga. and I know dia dah datang. Pandang kiri kanan still tak nampak dia jugak..dia menyorok..ceh..last-last jumpa jugak..

Dia bagi bunga dengan bear besar gila..hehe dapat amik gambar sekali..lepas tu dia pun jumpa Mama Papa..lepas salam-salam kitaorang pun mula laa sesi bergambar.
Amik services dari member baik sendiri Aliyah..dia amik seorang RM120 and it worth it..sumpah tak tipu..Kembar saya yang gard kat UUM pun join bergambar dalam UiTM..yeah..hepi gila..

Finally dapat jugak "Ijazah" hee..Tq sayang..Tq Mama Papa..Tq Adek-adek.. Love!
And then dapat spend masa dengan buah hati kat rumah saya sendiri sambil di temani keluarga..sumpah suka sangat..
Mama Papa pun dah bagi green light..Mama kata "Suka kat dia ke? ajak laa kawen" hee berbunga dengar plus malu-malu kucing *wink
muka teruja heee

dengan kembar yeah..kami dah grad and bawak balik dua Ijazah untuk Mama Papa

suka gambar niii :)



Saturday, October 13, 2012

bersabarlah sayang

Assalamualaikum..hari ni terasa macam nak bercerita something..tak sia-sia tasha belajar selama 3tahun untuk dapat segulung ijazah..28nov adalah hari yang bersejarah..tasha dah make a few plan untuk graduation day..tasha dah plan nak tempah baju exactly same like this..tapi kain tak pegi beli huu hopefully sempat lah kan..owh one more thing..tasha ada amik untuk outdoor photo shoot jugak untuk family and my partner..dalam hati teringin nak pakai jubah tu dan bergambar dengan partner pakai uniform..huu "sayang could u pls get the leave on my graduation day?" huu 


Nak pegi survey jugak butik kat seksyen 7 shah alam kot-kot ada baju yang ready make exactly same like this..malas nak pegi cari tailor sebenarnya..Hijab pun tasha plan nak pakai yang sakura shawl from Radiusite..Make up tasha tempah dari schoolmate..murah and quality sangat cantik..
hee bersabarlah sayang..tinggal berapa hari je lagii..:)

Friday, February 24, 2012

Rahmat ;)

Alhamdulillah syukur..Final year result..hee :)

Wednesday, March 16, 2011

Borak petang.:)

The pieces will eventually fall into place. Until then, laugh at the confusion, and live for the moment.

    ************


"click picture for a clear view"




Tu laa..Orang selalu kata kalau rezeki, jodoh tak kan lari ke mana nya. Hee..Dapat lagi satu tawaran for my practical training on this year. Dapat kat Subang Jaya. Actually its far a way from Penang kot. HAHA  Still dok fikir nak pegi ke tidak. Erm..


Ok. Hari ni aku ponteng kelas for a second time untuk minggu ni. Weyy..pehal engkau nih..!

Monday, March 7, 2011

Call saya?

Thank you!
You. Thank you for a call last nigt. :)
Having a good mood for a while. HAHA
First thing dia cakap "You. Marah I lagi ke?" *sigh.
He's said "Tak nak jumpa I ke? End of this month I nak kena posting dah sebab I dah habis."
Ok. Again. I'm speechless. LOL "Posting mana?"
Dia kata "Posting antara Butterworth, Kuching or Kuantan". ermm

Tak pe lah. Pape je lah You. Tak kisah pun You posting mana pun. Asal You selesa and selamat. Hope yang terbaik untuk You. Lawak dengar You cakap "You dengar bunyi azan tak?" hahahah Tau lah kau call aku tu time maghrib pun. Tak dapat nak sembang lama sebab dia cakap "Lepas ni I nak pergi makan lepas tu nak balik study" hahah gila lah. You mana pernah sebut study-study kat I. Pernah dengar You cakap tengah buat map adalah. Tu pun bila nak fly je kot. Tah. Tak penting sangat nak amik tau pasal kerja kau.:)

Regards,
Natasha Aziz 
10:35a.m.

Sunday, March 6, 2011

Surprise.

Surprise.! HAHA 
Nikmat dapat balik rumah walaupun sekejap. As usual, lepak kat meja makan and bawa buku QMT penuh satu meja. Nak tunjuk kat Papa aku study. HAHA 
Pelik. Tok mai sengih-sengih bawa satu tupperware. huu..keep thinking.."Apa benda lah Tok aku nak mai bagi"..Tok kata "Nah Along".
Sepantas kilat buka tupperware. Gila..Coklat..Suppose coklat tu dah habis di makan oleh adik-adik. Tapi Tok simpan weyy untuk aku..


Sunday, February 20, 2011

Cerita. Part 1

Orang kata aku "ego". Yes i'm

Situasi 1
Best friend aku  Ijam. Dia jemput datang function dia. As a friend kita kena la tolong kawan kan. Ijam text aku bertalu-talu untuk confirmation datang ke tak. So aku pun decide untuk pegi jugak. On that night diorang open dance floor. Hoi Ijam..kau menari memang lah aku teruja tengok..sial..Kau open dance floor dengan Tektonik..pehh..Sumpah aku suka..Kaki melangkah masuk ke dalam. Mata aku terpaku. Kaku di situ. Terpandang pulak Kau. "Natasha sila kawal kau punya emosi.!" bahaha.. Ijam datang sambil memegang benda panjang yang bercahaya ala-ala pedang pun ada. "Ni senior I bagi dekat You." haha sial..Apa hal bagi kat aku pulak. Sampai mati pun tak amik pedang tu.! Zack pulak datang."Kenal M!@##$%%%^&*?" Aku jawab "Ya kenal". Zack cakap "Dia nak jumpa kat sana" sambil tangan Zack tunjuk ke arah sofa depan tu. hahah lagi sekali aku tolak. Finally dia datang sendiri..bahaha cuak. Owh..lupa dah apa yang dia cakap..Kau boleh akan kaki laa bai..!

Situasi 2
Received phone call. Bila aku jawab je aku suka jawab ala-ala kerek style..macam ni..
Caller: Helo..Assalamualaikum.
Tasha: Helo..ermm Waalaikumussalam.
Caller: buat apa tu?
Tasha: Erm..tak buat apa-apa. kenapa call?
Caller: saja.. napa? tak boleh ek nak call?
Tasha: boleh laa..ada kerja nih..tengah buat assignment..nanti call back.
Caller: owh yeke..ok2..nanti I call back.Bye.

hahhah lihatlah betapa hipokritnya aku..

To be continued..<3

Wednesday, February 16, 2011

Untuk Kau lah..


p/s: "Awk..meh sini tengok video ni.."

Regards,
Natasha Aziz

Monday, February 14, 2011

Hey..new look..:)

Looking for a new make up style. am I over-excied? bahaha..Suppose you are not..*wink..:D
I think I have to go out to buy all the stuff. I need new moisturizer, concealer, foundation, compact powder, blusher, eyeliner..hee..Check out this.."smokey eye make up"..Superduperlike..! <3
Aku akan upload gambar-gambar setelah di make up..
To be continue..:)

Regards,
Natasha Aziz.

Monday, January 31, 2011

Unchanged

Entry kali ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada..hee..Hanyalah rekaan semata-mata..Kepada yang terlibat di dalam entry kali ini..Thanks a lot..million..million..:)

Bila ingat kembali memory yang lepas..kekadang boleh senyum sorang-sorang di buatnya..Last year..
Pertemuan yang tak dirancang..hahah tak masuk dalam planner pun..Starting from Nadia..dia nak jumpa kawan dia..and on the next morning kami di jemput ke weeding Azilah Johari..hee kawan kecik-kecik masa diploma dulu..Petang tu kereta di pandu laju menuju ke Jitra..Pick up jejaka-jejaka yang tak dikenali..bahahah..gila tak berani oo..pi jumpa orang tak kenal..So dalam kereta ada 5 manusia ke semua nya..Masing-masing pakat dok tanya nak pi mana next destination..aiyaa..perah otak dok pikiaq.."Jom pi makan.." ermm aku dah hilang ingatan..lupa nama tempat tu..tapi yang pasti di tengah-tengah Alor Star kot..pit stop pertama ; Bank Islam..draw duit..Nadia turun..tinggal aku dengan mereka berdua..Malas nak layan sebab tak kenal..Actually one of them adalah kawan Nadia..hat lagi sorang tu aku tak kenal..Sumpah..first dengar nama dia dalam hati aku dok kata "awatlah nama dia pelik" hehe H@#$%..mana ada lagi kawan aku nama macam dia..
Sampai kat kedai makan..aku berjalan sebagai kepala keretapi..! pi cari tempat betul-betul bawah kipas..panas..Dah semua order makanan..Masa dok tunggu makanan sampai jejaka sorang ni dok betul-betul depan aku..dia asyik dok main hand phone..msg girlfriend i think..:) Sampai je Nasi Goreng Daging Merah, aku dengan sepantas kilat bangun ubah tempat duduk sebelah jejaka tu..hahahah the reason is..aku tak selesa makan mengadap muka dia..satgi mula laa aku nak makan control cun..!
Selesai makan..next destination..Dataran Alor Star tu yang betul-betul depan masjid..tak tahu laa nama masjid tu..Lepak kat situ..duduk sebelah jejaka tu..Sumpah terkejut dengar dia cakap..Kelantan kau..! mati..aku dah laa tak faham bahasa Kelantan..banyak kali oo asyik cakap dengan dia aku mesti kata "Haaa.." tu menandakan aku tak faham..bahahah Tapi tak pe..seronok sembang..dia macam tak mau cakap dengan aku..hahah lantak kau..kira paa aku..nak jugak cakap..!
Bosan lepak kat Dataran..pi pulak kat airport Kepala Batas..hee..syok lepak kat situ..Ayat yang aku tak boleh lupa jejaka tu cakap "Kakak dah ngantuk" hahah aku memang tak tahan malam tu..mata berat kot..mau ja aku baring tengah-tengah jalan tu..Dia bagi gula-gula halls ke cloret..ermm tak pasti tu..pedas kot gula-gula tu..tanya dia "kenapa bawa gula-gula.?" dia kata untuk bosan-bosan..hahah dia tak smoking :) Dia siap tunjuk ic dia..ic dia tak sama dengan aku..hahah aku bukan army ok..! 9Sept1988..terus masuk dalam kepala otak..tak boleh nak delete dah..huu..
2jam selepas tu..datang kereta peronda polis..aiyaa..dah rasa macam penjenayah..! nak lari..! takut..! even aku tau Papa aku pangkat lagi besar dari pak cik tuu..hahahah ceh..kurang ajaq punya pak cik..siap mintak ic kami lagi..lepas tu siap cakap nak call bapak aku pula dah..pak cik tu kata "Nak ke pak cik call bapak kamu cakap..Tuan anak tuan kami jumpa tengah merayau.." gila babeng lah pak cik..hahah kes nak bagi aku kena pancung kepala lah tuu..Aku dengan Nadia cuba apply segala macam pujuk rayu..hahah berhasil..Jejaka-jejaka tu diam membisu..Jenuh kena layan pak cik tua tu menyembang..dok cerita zaman kegemilangan dia kat kami..perrghh..Papa aku pun tak cerita semua tu..
Percaya tak kalau aku cakap aku yang mintak number phone jejaka tu? hahahah Start dari hari tu kami berhubung sampai sekarang thru msg, phone call, WC, facebook-ing, YM-ing..hahah 

                                           ************************
Tu laa orang cakap memory tak akan berubah..Unchanged..No matter what it is..hee..

Regards,
Natasha Aziz.

Sunday, January 30, 2011

bicara tentang maaf

Never explain yourself to any one.
Because the person who likes you doesn't need it,
and the person who dislikes you won't believe it.

"aku akan pegang prinsip tu"
****************
Pernah dengar tak pepatah ada cakap.."perlu mengalah untuk menang.."
Aku cuba untuk praktikannya..and its work..!
Sometimes benda tu akan jadi sangat complicated if both of us tak nak say sorry..Aku cuba ambil jalan yang positive..Cuba untuk mengelakkan sesuatu menjadi lebih teruk dan parah..Tak salah kan kalau kita diam untuk seketika..biar semuanya kembali tenang..Aku lebih suka mengamalkan silent treatment bahahah Walaupun kekadang tak berkesan bagi aku..And macam tuu juga lah aku solve problem dengan kawan aku..Tak tahu celah mana datangnya masalah tu..tup tup..gaduh..siap cakap tak nak kawan dah..aiyaa... Orang cakap duduk face to face and open conversation..Actually memang nak buat macam tu..Problem is..hahahh jauh owh..Aku kat utara tanah air..
And now..semua problem dah settle down..Alhamdulillah..hee..Semalam try untuk tanya apa masalahnya..fuhh..lega..Finally dapat tahu punca nya..Yelaa kalau masing-masing nak diam biar bengkak kat hati tu kan tak elok..apa-apa pun boleh bincang kan..:)

"click gambar untuk lebih jelas"

Online sampai weng..hahah WC bebagai..dia je on..aku off..hahah sangat fair.! excited bila dah WC..senyum macam orang gila sorang-sorang kat bilik..Suruh dia dengar lagu D'bagindas band..tajuk lagu Suka Sama Kamu..hahah Aku nampak kau gelak sampai bergetar badan..! Tahu laa lagu tuu best kan..hahah
Sorry for everthing.."Older post saya tak dapat nak delete..walaupun awk mintak untuk saya delete..".hee

Regards,
Natasha Aziz.

Thursday, January 13, 2011

take a break with coffee..:)

9.16a.m.
Thursday

Pagi yang indah..duduk di ruang tamu..berteman kan secawan kopi dan senaskah komputer riba..lalala..Bangun pagi pukul 8.40a.m..Kaki longlai melangkah turun dari katil..Mengatur langkah ke kamar mandi..hee..ayat yang berbunga-bunga..Dalam toilet aku renung lama-lama muka di depan cermin.."Ya..ni baru lah Natasha!"..hee..Lately aku mudah sangat nak touching..tak tahu lah..may be dekat tengah-tengah bulan kot..:)
This week kalau aku bangun pagi je muka aku mesti berkerut..mengeluh panjang seolah-olah sedang memikirkan sesuatu..And minggu ni juga aku sangat malas untuk buat semua tutorial questions..aisshhh..awat lah jadi lagu nih..Awal tahun hari konon beria-ria buat azam berbagai-bagai..Macam mana laa nak berjaya azam tu kalau aku still macam ni..Balik Arau je aku kerap sangat terlepas solat lima waktu..errmm asal balik kelas penat terus masuk bilik naik katil tidur..! macam tu laa aku..Kalau kat rumah aku kerap sikit sembahyang sebab adik aku rajin sembahyang..so aku pun terikut-ikut..
Owh..Ya..aku bangun pagi ni..sangat pelik..aku tak terasa nak balik rumah..may be after Kak Ngah msg semalam..And i think its better if aku tak balik rumah buat masa sekarang..Settle all the things..Modul..Engagement..and so on..ermm..cakap pasal modul and engagement..Actually aku dilemma..Dua function on the same date..could you believe it..:( Nak sangat pegi majlis pertunangan Aliyah..one of my BFF..<3
Tak pe..nanti aku kena fikir lain..modul  tu pun agak penting juga..:(

                                                     ************************

Ok lah..sampai sini saja..Nak pegi buat tutorial account..hee..class 11a.m..bahahah hebat kau Natasha..! 


Regards,
Natasha Aziz.

Friday, December 10, 2010

Akhirnya..10DEC muncul..

Semalam memang tak boleh lena..yelaa..semua dok kalut check result..!! aku pun cuak..takut FAIL..errmmm..tak sanggup nak repeat..! banyak kali aku dok bukak tutup STUDENT PORTAL UiTM..malang...tak boleh jugak..result tak keluar lagi..esok pagi katanya..aku pun pi turun bawah ambil ubat sakit gigi..makan terus tidur..hahah Isyak aku terbabas..kerana ubat tu bagi kesan yang mengantuk teramat sangat sampai tak boleh bukak mata..malam semalam sorang pun tak dak nak mai msg aku..huuu..harap sangat time tu ada orang msg tenangkan hati aku..aku dok buat gila meroyan sorang-sorang semalam..masa sembahyang maghrib..aku menangis gila-gila..ceh..perlu ka nak bagitau..tak paa laa..nak bagitau jugak..

                                                        **************

Ok..bangun pagi pukul 10 a.m..niat kat hati semalam nak sembahyang subuh..terbabas lagi..dah terjaga masa pukul 7 a.m..tapi malas nak buka mata..risau nak kena pi check result..
Masa bangun tadi terus ambik laptop kat sebelah dengan muka ada air liur basi..bahaha..siap pakai seluar tidoq polka dot dengan jersi Brazil....on laptop..sambil tangan dok msg Hakam..errmm..takut..macam jantung nak luruh..gilaa..tak tipu..dalam hati dok doa.."Ya Allah..janganlah bagi aku repeat.."huuu...Nazlie msg Kak Ngah subuh tadi cakap result boleh check kat email jaaa..aku on Yahoomail..Bismilahirahmannirahim!! jeng..jeng..
yeah..result keluar..tak tengok lagi gred..tengok LU kat tepi-tepi subject je..yes!!! LU semua..!!Alhamdulillah..:)
Orang first yang tau result aku..Kak Ngah..gedik pi kacau dia tidoq..semata-mata nak bagitau result..second Hakam..hahaa "awk..saya LULUS semua.."*bangga..=D
Mama Papa tak tau lagi..malam nanti lah bagitau..hee..

                                                      **************
Sem lepas aku study gila-gila..siap muka semua aku tak jaga..kening serabai..muka hitam..rambut kering..semua gara-gara pi balik kelas dengan bersungguh-sungguh dan gigih untuk dapat DL..*Dean List!
Pi kelas kadang-kadang pakai tudung yang sama for a week..cehh..pecah tembelang..aku kena pakai tudung pi UiTM..untuk mengelakkan di kejar oleh Pak Guard..!! rambut karat!..nak hitam kan balik rambut..errmmm..tapi aku ikhlas pakai tudung pi menuntut ilmu..biar berkat sikit..errrmmboleh ka lagu tu..??
Result still tak dapat DL..nyaris-nyaris..sipi-sipi..bahaha..awat laa tak dapat DL??nak dapat DL..sem depan laa cuba lagi..Ok Natasha..hang boleh buat..asal jangan terbabas dari niat asal dah laa..kata-kata peringatan untuk diri sendiri..berazam nak study betul-betul..tak mau main-main..InsyAllah..:)

                                                     ***********
Mood baik hari nih..kemas satu rumah..dusta ja..! hahah..basuh baju bersungguh-sungguh..guna mesin..lepas tu sidai kat balkoni..lepas tu turun bawah breakfast..cucur udang..nescafe gula..hahha tak suka nescafe gula..creamer kat rumah habis..lepas tu masak nasi..hee..lauk tunggu Papa masak..tak teror masak lagi..kena mintak tunjuk ajar sifu..

Regards,
Natasha Aziz.