Bila ingat kembali memory yang lepas..kekadang boleh senyum sorang-sorang di buatnya..Last year..
Pertemuan yang tak dirancang..hahah tak masuk dalam planner pun..Starting from Nadia..dia nak jumpa kawan dia..and on the next morning kami di jemput ke weeding Azilah Johari..hee kawan kecik-kecik masa diploma dulu..Petang tu kereta di pandu laju menuju ke Jitra..Pick up jejaka-jejaka yang tak dikenali..bahahah..gila tak berani oo..pi jumpa orang tak kenal..So dalam kereta ada 5 manusia ke semua nya..Masing-masing pakat dok tanya nak pi mana next destination..aiyaa..perah otak dok pikiaq.."Jom pi makan.." ermm aku dah hilang ingatan..lupa nama tempat tu..tapi yang pasti di tengah-tengah Alor Star kot..pit stop pertama ; Bank Islam..draw duit..Nadia turun..tinggal aku dengan mereka berdua..Malas nak layan sebab tak kenal..Actually one of them adalah kawan Nadia..hat lagi sorang tu aku tak kenal..Sumpah..first dengar nama dia dalam hati aku dok kata "awatlah nama dia pelik" hehe H@#$%..mana ada lagi kawan aku nama macam dia..
Sampai kat kedai makan..aku berjalan sebagai kepala keretapi..! pi cari tempat betul-betul bawah kipas..panas..Dah semua order makanan..Masa dok tunggu makanan sampai jejaka sorang ni dok betul-betul depan aku..dia asyik dok main hand phone..msg girlfriend i think..:) Sampai je Nasi Goreng Daging Merah, aku dengan sepantas kilat bangun ubah tempat duduk sebelah jejaka tu..hahahah the reason is..aku tak selesa makan mengadap muka dia..satgi mula laa aku nak makan control cun..!
Selesai makan..next destination..Dataran Alor Star tu yang betul-betul depan masjid..tak tahu laa nama masjid tu..Lepak kat situ..duduk sebelah jejaka tu..Sumpah terkejut dengar dia cakap..Kelantan kau..! mati..aku dah laa tak faham bahasa Kelantan..banyak kali oo asyik cakap dengan dia aku mesti kata "Haaa.." tu menandakan aku tak faham..bahahah Tapi tak pe..seronok sembang..dia macam tak mau cakap dengan aku..hahah lantak kau..kira paa aku..nak jugak cakap..!
Bosan lepak kat Dataran..pi pulak kat airport Kepala Batas..hee..syok lepak kat situ..Ayat yang aku tak boleh lupa jejaka tu cakap "Kakak dah ngantuk" hahah aku memang tak tahan malam tu..mata berat kot..mau ja aku baring tengah-tengah jalan tu..Dia bagi gula-gula halls ke cloret..ermm tak pasti tu..pedas kot gula-gula tu..tanya dia "kenapa bawa gula-gula.?" dia kata untuk bosan-bosan..hahah dia tak smoking :) Dia siap tunjuk ic dia..ic dia tak sama dengan aku..hahah aku bukan army ok..! 9Sept1988..terus masuk dalam kepala otak..tak boleh nak delete dah..huu..
2jam selepas tu..datang kereta peronda polis..aiyaa..dah rasa macam penjenayah..! nak lari..! takut..! even aku tau Papa aku pangkat lagi besar dari pak cik tuu..hahahah ceh..kurang ajaq punya pak cik..siap mintak ic kami lagi..lepas tu siap cakap nak call bapak aku pula dah..pak cik tu kata "Nak ke pak cik call bapak kamu cakap..Tuan anak tuan kami jumpa tengah merayau.." gila babeng lah pak cik..hahah kes nak bagi aku kena pancung kepala lah tuu..Aku dengan Nadia cuba apply segala macam pujuk rayu..hahah berhasil..Jejaka-jejaka tu diam membisu..Jenuh kena layan pak cik tua tu menyembang..dok cerita zaman kegemilangan dia kat kami..perrghh..Papa aku pun tak cerita semua tu..
Percaya tak kalau aku cakap aku yang mintak number phone jejaka tu? hahahah Start dari hari tu kami berhubung sampai sekarang thru msg, phone call, WC, facebook-ing, YM-ing..hahah
************************
Tu laa orang cakap memory tak akan berubah..Unchanged..No matter what it is..hee..
Regards,
Natasha Aziz.
Regards,
Natasha Aziz.