Mengimbau kembali 10tahun yang lepas..ketika umur aku baru menjangkau 12tahun..cukup perit untuk mengimbau kembali ke belakang..untuk mengenang kembali titik permulaan sebuah episod duka rumahtangga..asas kukuhnya terbina sebuah rumahtangga adalah berdasarkan hubungan cinta dua insan..rumahtangga yang dibina pada mulanya tidak mendapat persetujuan orang tua pihak lelaki..tetapi akhirnya mendapat restu ketika hadirnya dua puteri kembar..penerimaan keluarga pihak lelaki terhadap menantu mereka sudah menunjukkan tanda positif..
*********************
Tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari, detik demi detik penerimaan mereka terhadap wanita yang bergelar "menantu" di dalam keluarga makin hari beransur suram..lumrah manusia..kadang-kadang sifat hasat dengki menguasai diri sehingga mereka lupa akan dasar pertalian dan ikatan kekeluargaan di dalam sebuah keluarga..sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sama sekali di tegah oleh Allah SWT..mereka sanggup menggunakan ilmu hitam..meminta pertolongan dengan jin dan syaitan..dengan satu tujuan..MERUNTUHKAN sebuah rumahtangga..tidak takutkah mereka dengan azab Allah nanti??? Allah sentiasa ada untuk hamba Nya yang dizalimi..Alhamdullilah..perjalanan rumahtangga mereka dapat diselamatkan..
Pabila si menantu mengadu kepada orang tua suaminya tentang masalah rumahtangga mereka, lantas si ibu mengambil kesempatan..memberi sepasang cincin perak kepada kedua anak menantunya..dengan alasan cincin itu adalah ubat di dalam kekacauan rumahtangga mereka..si menantu hanya menurut kata si ibu mertuanya..percaya sepenuhnya kepada ibu mertuanya..dengan kuasa Allah SWT..cincin yang dipakai oleh menantu bertukar warna dari perak ke warna kuning keemasan..adakah ini petanda bahawa wujudnya unsur 'hitam' di dalam cincin yang diberikan oleh si ibu..hanya Allah SWT yang mengetahuinya..
Rumahtangga mereka ligat bergolak..bagai kapal yang terumbang ambing dipukul sang ombak..adakah disebabkan kewujudan cincin perak dijari kedua pasangan tersebut..persoalan itu berlegar-legar diminda ku..mungkin banyak lagi benda-benda yang cuba atau telah dilakukan oleh keluarga si pihak lelaki..cuma mereka tidak mengetahuinya..naluri si isteri telah meronta-ronta mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumahtangga mereka..perasaan itu diluahkan kepada suami..si suami dengan ego dan marahnya megatakan tidak berlaku apa-apa pun di dalam rumahtangga mereka..si suami cuba membela keluarganya..memang sebagai anak kita lebih percayakan keluarga sendiri dari orang lain..itu tidak dinafikan..ibu ynag mengandung 9bulan..kita berada di rahim ibu..sewajarnya laa kita membela ibu..tapi sebagai ibu kita tak boleh sewenangnya menggunakan kuasa veto untuk menghalalkan semua yang tidak benar..mendengar kata sebelah pihak tanpa membuat selidik..tak adilkan..
********************
Tahun 2000..pasangan itu dikurniakan cahaya mata seorang puteri..anak ke-6..
Dengan alasan untuk melawat si menantu..si ibu beserta dengan seorang anak perempuannya dan suami kepada anak perempuannya..datang membawa seorang GADIS..untuk dijodohkan dengan si suami..bodohkah mereka..sebegitu kejam..tidak terlintaskah rasa perikemanusiaan mereka terhadap menantu yang sedang BERPANTANG..baru seminggu si menantu pulang dari hospital bersalin..
Pergaduhan besar berlaku..si suami membuang keluraganya..si isteri hampir gila meroyan akibat tekanan yang diberikan oleh keluarga pihak lelaki..
**********************
Ok..kembali ke alam nyata..bukan 10tahun yang lepas..semua cerita di atas adlah perjalanan suka duka kehidupan rumahtangga kedua orang tua aku..sungguh tak percaya..aku yang ketika itu baru berusia 12tahun..tak mengerti apa-apa pun..yang hanya aku tahu adalah kehidupan aku sebagai kanak-kanak..selepas kejadian itu aku semakin hari semakin dewasa..dapat memahami dan mengerti segalanya..
Nak saja ketika ni aku lontarkan pertanyaan bertalu-talu kepada Tok Basah kat kubur "Tok awat Tok buat kat keluarga kami macam ni??Tok tau tak betapa seksanya kami hidup hari-hari masa Mama sakit..Mama hampir gila akibat perbuatan Tok Basah, Mak teh, Pak Teh, Mak Caq, Pak Su, Mak Su..!!!**nama tok aku Basah..kenapa ampa kejam sangat..!!!seandainya Tok masih hidup..sanggupkah Tok mai perbetul semua kesilapan Tok????persoalan tu berlari-lari di benak hati aku..
Kemarahan, dendam masih ada dalam hati aku..aku tak dapat tipu itu semua..walaupun muka aku tersenyum lebar...seandainya aku berdepan dengan Mak Teh,Pak Teh,Mak Caq, Pak Su, Mak Su..aku tak akan mengaku ampa sebagai pak cik dan mak cik aku..will never!!
3DECEMBER2010..aku, Kak Ngah, Talia, Tana, Mama..pergi ke UUM..dengan tujuan asal hantar Kak Ngah exam..paper dia 3hours..so Mama tanya aku.."Along ingat dak jalan pi rumah Tok kedah..??"
aku pun dengan jujur jawab.."ingat"..kami pun pi rumah tok..rumah tok dah berubah..rumah tok dah jadi rumah batu..tak ada lagi rak kayu kat dapur..errmm..persekitaran its same like before..10years ago..cuma ada perubahan sikit-sikit je..bangku batu yang Mama Papa bagi kat Tok ada lagi kat depan rumah..pokok manggis still berdiri teguh depan rumah..sampai rumah tok dak tak ada orang duduk..rumah Pak Long ada kat belakang rumah tok..kami pun pi jumpa Mak Long..Mak Long dah tua..lepas tu pi jumpa Pak Long..Pak Long pun dah tua..umur dia 66tahun..tua kan..aku salam tangan Pak Long..sedih dan sayu.. seriously aku tak pernah salam mana-mana tangan pak cik aku..first time aku salam tangan pak cik aku..
tak pa laa Natasha..semua nih mengajar aku untuk lebih matang..esok lusa aku pun akan kahwin jugak kan..so..dari episod yang berlaku kat Mama aku akan ambil jadikan garis panduan untuk aku jaga rumahtangga coming soon..insyAllah..amin..
"Ya Allah..Engkau ampunkanlah dosa Tok dan Tok Wan..sesungguhnya jauh di sudut hati aku,aku redha dengan ketentuan Mu..aku terima dengan hati yang terbuka..Ya Allah..aku mohon kepada Engkau..Engkau tempatkanlah Tok dan Tok Wan di syurga Mu..aku ikhlas memaafkan mereka..aku redha dengan pemergiaan mereka..Amin.."
Regards,
Natasha Aziz.