click!! click!!

MenjejakiSaya

Showing posts with label SyokSendiri. Show all posts
Showing posts with label SyokSendiri. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

merah peah

Nama saya Peah.
Saya ta kawen lagi.
Hee ;)
Bubbye.

Wednesday, February 1, 2012

Sesal Mendua :-D

Okey lah..Nak share something. Guys.! Have You heard before “Perempuan curang? Or She’s cheating on You?” There’s a few reasons that I think why girl curang..
Reason 1
Long distance relationship atau hubungan jarak jauh. Memang sometime people always think that jarak boleh mengeratkan hubungan atau jarak mungkin boleh buat hati saling menyayangi. Itu ta dinafikan memang ada benar nya. Bila kita jauh antara satu sama lain rasa cemburu and syak wasangka sangat menebal di dalam diri pasangan. Macam bagi saya, saya pernah and now I’m still go on with long distance relationship, ia agak susah dan memerlukan iman yang kuat kot. Engkau orang ingat senang ke tengok hari-hari orang balik dari office di jemput and di hantar oleh partner masing-masing HAHA timbul jugak perasaan “Eh. Aku nak cari spare part lah” but dalam hati still sangat sayang kat partner yang jauh di mata tu..:)
Reason 2
She’s always need ur  attention. Bila partner ta bagi full attention kat perempuan, maybe she’s will think that You not love her anymore. And that why lah dia mungkin akan mencari lelaki baru yang bagi perhatian kat dia. Macam partner saya dia ada cara dia sendiri untuk tunjuk perhatian dia. Dia belikan nombor line untuk saya and we connect each other thru phone call. Gayut sampai lebam HAHA monthly payment dia yang settle kan. Sangat sweet macam gula-gula..HAHA
Reason 3
We hold relationship dalam masa yang agak lama. Engkau orang dah bercinta untuk masa yang agak lama. Manusia ni memang ta sempurna and manusia ta pernah puas dengan apa yang dia ada. Perasaan bosan itu lah kadang-kadang menjadi penyebab utama untuk berlakunya curang. Korang kena pandai fikir cara macam mana nak bagi hubungan tu ta nampak bosan. For example, korang mesti lah msg hari-hari kan..cuba korang jangan guna ayat yang bagi partner korang boleh hafal. HAHA macam saya dengan partner. Saya dah boleh hafal ayat msg dia hari-hari. Pagi dia akan wish “Morning” and then I will reply “Pagi” HAHA untuk msg seterusnya saya dah boleh agak dah dia akan tanya “Wtpe 2?” So ta mau laa msg yang macam ni kan..boleh buat partner bosan..HAHA for my partner> “I ta bosan dengan You okey”
Reason 4
Tunjuk yang korang sebagai lelaki sayang kat partner korang. Contoh macam buat surprise untuk partner. Dengan cara tu akan buat diorang ingat kat korang hari-hari and she’s will think “Owh romantic nya Boyfriend aku”..Okey meh saya nak bagi contoh. Macam partner saya kan dia bagi something by post straight away from Subang. Bagi saya sebagai wanita..eh silap..sebagai perempuan happy gila babeng Kau bila posmen mai terpacak depan rumah and I’m keep smiling for the whole day because I just received a courier..HAHA Moral of the story, hubungan yang jauh tu boleh hangat bila korang buat benda-benda macam ni. Dan secara ta langsung perempuan ta akan curang
Reason 5
Jadi pendengar yang setia and always amal kan give and take in relationship. Sebagai partner korang kena lah dengar bila si dia nak mengadu sesuatu. Sometime benda yang dia ngadu mungkin bagi korang merimaskan but please lah jangan tunjuk sangat yang korang tu rimas dengan partner. In relationship kita kena trust each other. Jangan cari orang ketiga untuk luah masalah korang dengan partner. I'm talking based on my experience dengan partner. hee Betul. Satu ketika dulu partner saya akan cari kawan rapat dia bila dia gaduh and ada problem dengan saya. The problem its become worst bila membabitkan orang ketiga. Better kalau kita sit down together and start talking and discuss the oroblem rather than share with someone yang ta ada kaitan dengan hubungan korang..:)

Sunday, February 20, 2011

Note

Aku pun tahu diri
Engkau mencintainya
Namun mengapa hati 
Enggan melupakan mu
Aku tak bisa lari
Dari kenyataan ini
Meski aku miliki
Cinta ku tetap kamu
Aku ingin lari
Aku ingin pergi
Namun hati ini tak bisa punggiri
Aku ingin kamu
Kamu ingin dia
Cinta ku kandas
Tiada berbalas
Pedih hati ku
Cinta pada mu
Tanpa kau tahu

Thursday, February 17, 2011

Deeper conversation

Keep talking ..bla..blaa..blaa..

"Because of you I'm having a hard time. I hope ure happy with what U have done. Are U feeling good right now, knowing that you broke my heart? I was foolish to trust you, now I better than that. Keep on make a promise! The whole day. Just sit down and wait for that time. Useless"

Regards,
Natasha Aziz

Tuesday, February 15, 2011

Indeed true!

Too much loves around me. So I can't find the difference between today and yesterday..*sigh

Make a change while there's still a chance because there might be a time that you need changes and yet theres no more chances. "Hey U..pls laa..make something sebelum aku blah..bahahah"


For someone... Nobody can treat u better then I AM ♥

Tuesday, February 8, 2011

17FEB2011

Upcoming function.:)
2weeks from now.
owh..Natasha..
"sila kau buat keputusan menggunakan akal fikiran yang waras"

**********************
Due Date:
19FEB2011> PROJECT Accounting Information System
22FEB2011> Quiz Arabic
24FEB2011> Test Financial Market

bahaha Go Natasha!! you can do it..!

Regards,
Natasha Aziz.

Friday, January 21, 2011

bila INAI di hujung jari..

"click gambar untuk lebih jelas"

mari focus kan mata anda ke hujung jari saya..<3

Regards,
Natasha Aziz.

Saturday, January 8, 2011

tampal GAMBAR..:)

1.13p.m.
08JAN2011

Tidur semalam sorang-sorang..huu..roomate balik kampung..pasang lampu biar sampai ke pagi..pukul 10a.m baru bangun pegi tutup lampu..and then sambung pelayaran..:)
11a.m..mata aku gagahkan buka..perlahan-lahan kelopak mata terbuka luas..mata seolah-olah terpana ke arah soft board yang berada betul-betul di hujung katil..Aku nampak muka dia..Merenung ke arah aku..:)
Motif aku letak gambar tu..
# motivate diri supaya belajar lagi tinggi dari Kau..
# motivate diri supaya jadi lagi bagus dari Kau..even Kau bakal P***T..beribu batu tinggi dari aku..
# motivate diri untuk looking forward.. tak nak pandang belakang dah..just go with the flow..
  "U yang ajar I jadi macam tu"  :)
                                               ************

Buat masa sekarang aku akan focus more on study..as like what you say..Focus dengan kerja sendiri dulu sebelum fikirkan orang lain..Fikirkan orang lain itu hanyalah selingan dalam minda je..
"I will work harder..akan bukti dekat U yang I perempuan yang mampu kejar cita-cita"

                                               ************

Since aku banyak waktu terluang untuk hari ni..Plan for today..
# siapkan QMT.
# draf resume.
# siapkan MAF.
# siapkan FAR.

Lately sangat serabut..dalam perancangan nak balik rumah discuss dengan Papa pasal practical..tapi terpaksa postpone..tapi tak pe..due date untuk submit nama firm kat Puan Hashimah lambat lagi.. end of this month..still ada masa nak bincang dengan Papa.. Sangat penting bagi aku sebelum buat apa-apa keputusan..aku kena bincang dengan Papa dulu..He know more than me..:)

Regards,
Natasha Aziz.

Thursday, December 30, 2010

Abg POSMEN..!

owh..abg POSMEN..
need ur help..! :) gedix aihh..

"saya pos something..saya buat sendiri..seperti kebiasaan saya tak pandai buat semua tu..itu je yang mampu.."

Cd plus sepucuk surat..nak masukkan sekali gula-gula halls dalam tu macam tak patut..huu..
nanti je laa awk datang sini saya bagi gula-gula tu..
Motif dan tujuan: kekasaran sudah berlaku.."im really sorry..!"

Pos ke alamat:
 No 16 Skuadron,
Pengkalan Udara Subang,
40000 Shah Alam, Selangor.

"berkemungkinan tinggi abg POSMEN akan pos kan kat awk after new year..alaaa..dah tak surprise laa..:("





Moral of the story..
# Natasha mulut kau jangan lancang..!
# Natasha tangan kau jangan suka send msg bukan-bukan..!
# Natasha sila berfikir dulu sebelum buat sesuatu..!

Tak ada gunanya nak sakitkan hati orang lain..nak marah tak tentu hala..macam orang tak betul..hee..Aku tahu aku suka sangat bertindak mengikut perasaan..Bila dah jadi benda tu baru nak menyesal..baru terhegeh-hegeh berfikir dengan tekun macam mana nak say SORRY..:)
Aku cuba sedaya upaya ubah diri aku..bahahah..walaupun mungkin agak lewat atau dah terlambat..

Regards,
Natasha Aziz.

Invited Readers ONLY..

Belog aku kini bukan lagi berstatus "invited readers" only..
Dah ada keyakinan untuk share belog dengan kawan-kawan..hee..
Hopefully dapat respon, kritikan, nasihat atau saranan yang positive..Aminn..:)
Dalam belog totally cerita pasal benda yang berlaku disekeliling aku..Kalau bosan tak payah gagahkan mata untuk baca ok..!


30DEC2010
1.18p.m.

Regards,
Natasha Aziz.

Tuesday, December 28, 2010

pabila JARI berbicari di PETANG hari..:)

New Year Card in making..
Sorry Card in progress..
Surat Cinta done..! :)

Sesiapa nak card dari aku..sila lampirkan alamat ANDA..!
Postage charge akan dikenakan..bahahah

5.02 p.m.
Tuesday.
28DEC2010.

Regards,
Natasha Aziz.

Saturday, December 25, 2010

Malam..:)

10.08p.m..
25DEC2010..
Owh...malam...benarkan aku tidur awal..hee..
aisshhh gaya orang meroyan dah..!
nak tidur awal..tak mau kacau orang..:)

good night sygsss...

Regards,
Natasha Aziz.

Monday, December 20, 2010

E.M.O.

aku emo lagi..!!
hahahha..ikut suka hati aku lah..lantak kau laa tak mau layan aku..nak off celcom..on maxis..mampus kau cari aku tak jumpa..! malas dah laa..dah give up..:( 
Aku sensitive hahah aku dapat je msg pelik-pelik kadang-kadang boleh nak menangis sendiri..tapi bila time sorang-sorang je laa..selalu tengah-tengah malam laa.. Antara msg yang boleh buat aku terasa nak menitis air mata..:
# Nanti free saya msg awk ea..jgn tunggu lak saya.
# Tak dapat teman awk tiap-tiap masa dah.
# Awk duk sorang malam ni ea..saya tak teman ea.
Ni antara msg kawan aku..hahha pelik..kawan cakap macam tu pun nak sedih..aisshhh..complicated betul..

                                                                        ************

Kejap lagi pukul 4p.m..nak bertolak balik Kuantan..nak kemas barang-barang kat sana..so terpaksa stop blogging for a while..3days..:(
Kak Ngah pakai henna..colour hitam..gothic..! hahah nak try pakai jugak..nanti aku upload gambar..kulit dah laa hitam..ada hati nak paki henna colour hitam..bajet cantik laa..hee..
Tadi keluar breakfast kat kedai mamak..makan roti telur..sedap..hee..mamak tu duk buat usyar pelik pulak..!tau laa baju aku cantik kan..terpegun lah tu..
Lepas makan pegi 7eleven..beli topup dengan makanan Bon..Bon kucing yang Mama bela..aku tak suka sangat kucing.. allergic..padahal takut..tehehe..


Regards,
Natasha Aziz.

Sunday, December 19, 2010

Closet..:)

Pukul 3 p.m..Papa mai bilik..dengan beg plastik hitam..ishhh..tertanya.."apa benda dalam beg plastik tu?"
buka-buka..hahahah hanger rupanya..Papa kata "Along..amik hanger nih lepas tu gantung baju.."..
buka almari..Ya Allah..! boleh pengsan..hahha tidak teratur..tak ada gaya macam almari anak dara..! tak tipu..hee..nak tayang almari yang dah kemas..:)


Permandangan Pertama.
Rasanya macam baju dah semakin susut!..errmmm nak kena tambah baju lagi..hahha kena minta duit kat Papa nak beli baju..


Permadangan Kedua.
baju kurung kat bahagian atas tu sikit je..semua baju tinggal kat Arau..hee..bukan nak guna sangat pun baju kurung..


Permandangan Ketiga.
Sebelah kanan..almari baju + almari buku..hahha 


Permandangan Keempat.
Dalam box tu aku simpan baju dengan handbag yang khusus digunakan untuk certain-certain function..hahahh tak boleh letak luar..nanti adik amik buat barang mainan..:) 
Adik aku tanya "awat letak kasut dalam almari baju?"hahaha..aku pun tak tau..sayang nak letak luar..


Regards,
Natasha Aziz.

Monday, December 13, 2010

Kak Long..Kau mencarut eh..:)

13/12/2010
time : 5:59 p.m..

Sakit gusi dah masuk tiga hari..gusi bengkak..tak mau pi klinik?? ermm..semalam sakit gila..sampai menangis..haha malu..Talia kena pi bagitau Papa aku sakit gigi..time tu pukul 12a.m..mana ada klinik gigi buka..Papa Mama keluar pi 7eleven beli buat sakit gigi..isshhh..ada ka kat 7eleven ubat sakit gigi? rupanya ada laa..Hurix..ubat "gusi bengkak + sakit kepala + panas badan"..hee..complete..makan ubat terus lena..
Ok..aku sekarang nih tengah try nak upload gambar masuk dalam entry..errmmm..tak boleh..grrr..benggang..!
belog aku yang dulu senang je nak upload gambar..aku nak upload gambar ubat tu..:( tak pe Natasha..sat lagi kita try lagi..yeah..!
                                                               ************
Tadi online Facebook sambil tu baca belog favorite..tak perlu kot nak bagi tau kat sini nama belog tu..teruja aku tengok gambar kawan-kawan aku bertunang dan berkahwin..aku bila lagi? ermm persoalan tu sering kali datang tanpa di undang dalam kepala otak aku..aku seronok baca belog sorang perempuan nih..the whole cerita dalam belog dia hanya berkisarkan cerita cinta dia dengan si jejaka..owhh..i wish i could be like you..!!
Melalui pandangan aku..
Si gadis dan si jejaka seolah-olah sudah membuat perancangan jarak jauh.."long term planning"..its sound great..=)) memang macam tu kan yang di perlukan dalam perhubungan yang SERIUS..maksudnya di sini..hubungan yang bukan hanya berlandaskan title couple semata-mata..Si gadis cuba untuk mencapai cita-citanya..belajar setinggi yang mungkin..Si jejaka pula memberi 100% support..Perwatakkan si gadis sangat ayu..bertudung manis..gaya jalan ala-ala bini Menteri-Menteri..hee..Si gadis pandai bersolek..Pandai menjaga aurat..jaga sembahyang..jaga rumah..pandai berdikari..mempunyai lesen memandu..hee..aku nak jadi macam dia..boleh ke? aisshhh..macam susah je..Mama suruh aku buat kerja rumah pun aku dah merungut...buat kerja dengan muka bebai..:)
Mari kita kenali si jejaka pula..ok..Si jejaka ada misi..berjuang untuk negara kot..Si jejaka agak romantik orangnya..and the most important thing..si jejaka agak berada orangnya..bahaha..yelaa..nak bimbing anak orang perlu duit kan..Si jejaka sudah mempunyai kerjaya..hee..nak suatu hari nanti dapat suami macam dia lah..! ciss..layakkah aku?? hahah

                                                               **************

Buat masa sekarang aku hanya mampu berangan untuk jadi seperti seseorang..hee..
Mesti best kan bila dah ada tunang atau suami..memegang status PUAN..hahah dapat bayang tak bila esok-esok aku pegang status PUAN NATASHA..haha lawak!
Malam nih nak kena buat planning laa dalam note book account..perlu ka buat dalam buku akaun..hahah tak pasal silap guna pi bagi kat lecturer pula sem depan..hahha planning bila nak bertunang, bila nak kahwin, bila nak kerja, bila nak sambung Master, bila nak beli rumah, bila nak beli kereta..hee...banyak sungguh "bila"..

Ok..nak kena turun bawah..Pi cari kasut yang hilang..Mama dok kalut suruh cari dari tadi lagi..aku buat-buat tak dengar..tak guna punya anak..kesian Mama.."Mama sat..nak turun dah ni"..=p

Regards,
Natasha Aziz.

Tuesday, December 7, 2010

Kak Long..Kau "tanah"

Aku terbaca kat Facebook kawan Nadiah..pasal Ciri- Ciri Wanita Berunsur Tanah, Air, Api dan Angin..kategori-kategori nih ikut susunan anak ke berapa dalam family..macam aku anak sulung..aku jatuh di dalam kategori wanita berunsur TANAH..bahahah..yakaa..tak tau betul ke tak..tapi serba sikit macam nak kena je..

Di bawah aku lampirakan CIRI-CIRINYA:-

1# merendah diri, serta hormat dan patuh, setia dan rela berkorban.
2# tidak cerewet, tidak meniggi diri, tidak sombong dan bukan pemarah.
3# tenang diri, aman dan memberi sokongan.
4# tidak suka membantah atau membangkang.
5# berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

                                                    ************
Ok untuk ulasan terperinci..hee..
Pertama..merendah diri sama ka dengan low level confident?? nak kata aku merendah diri pun tak tau la betul ke tak..yang pasti aku nih seorang yang level confident tak tinggi..sebab tu bila time cuti semester je aku dah plan nak kerja tapi akhirnya terpaksa di kuburkan..sebabnya aku tak cukup berani nak pi mintak kerja..eermm..susah kan..hormat dan patuh aku hanyalah untuk kedua orang tua aku, Tok dan Mak Su kat rumah..kat orang lain tu depend laa..setia dan rela berkorban..isshhh macam mana nak terang ha..ok laa..contoh kalau bab bercinta dulu-dulu laa kan masa aku tak berapa cerdik..aku nih sangat setia kot..even kadang-kadang aku pasang jugak tapi kat dia aku still setia..hahah gila kan..pasang lain tapi setia..bodoh laa kau Natasha..kalau bab berkorban aku rasa aku banyak berkorban untuk family je kot..tak nak laa cerita kat sini apa pengorbanan aku..nanti jadi macam mengungkit pulak..
Kedua..tidak cerewet, tidak meniggi diri, tidak sombong tu betul kot..aku jenis yang tak cerewet dan tak memilih..ciss..yaka kau tak cerewet..aku tak sombong..dengan semua orang aku kawan..tak kira laa kau pangkat rendah ka tinggi ka..kau anak raja ka kau anak orang biasa ka..semua aku kawan..hee..Mama aku selalu pesan.."Kita nak kawan biar dengan orang ada pangkat"..ermmm boleh ke nak ikut cakap Mama tu..hati aku cakap TAK BOLEH!!..hahaha suka hati aku laa nak kawan dengan siapa pun kan..bukan pemarah???gila...tipu betul!!aku kuat marah laa..
Ketiga..tenang diri, aman dan memberi sokongan..nak terang pasal memberi sokongan je..aku memang teror bab bagi sokongan..cewah..untung nih sapa jadi laki aku..=))
Keempat..tidak suka membantah dan membangkang..dusta jaa..aku kuat protes kot..terang-terang aku protes..
Last.berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan...bahaha..malu nak komen..

Regards,
Natasha Aziz.

Awal Muharam..7DEC2010

Jam dekat laptop dah pukul 1:35 a.m...hujan rintik-rintik..aku still tak mengantuk..tak tahu kenapa..
time sekarang nih Hakam baca belog aku..dia kata "awak..saya sedih baca cerita awak tulis"..honestly..aku buat belog bukan nak menceritakan kisah buruk keluarga aku..aku menceritakan kembali jalan-jalan yang PERNAH aku tempuh..aku sekali lagi tak mengharapkan simpati sesiapa..that why laa aku private kan belog nih..aku hanya invite certain orang..cerita di dalam belog nih adalah berkisarkan kehidupan aku seharian..apa yang aku rasa, apa yang aku lihat, apa yang aku dengar..dan apa yang berlaku di sekeliling aku..hee..sometimes its feel cool..bila kita dapat coret kembali perjalanan hidup kita..tak kisah laa hidup kita best ke tak best ke..yang penting kita kena terima hakikat bahawa itu adalah hidup kita..rasa teruja pabila adik aku yang last dan second last baca belog aku..at least depa dapat tau semua kisah keluarga aku..yelaa..tak kan laa aku nak cerita dari A sampai Z face to face dengan depa..aiisshh malu laa..hee..ingat lagi..semalam aku tulis pasal kehidupan rumahtangga kedua orang tua aku..bahaha..Natalia mai dok sebelah aku time aku dok best menaip..dia tanya.."Kak Long buat cerita ka?"..hee..adik aku ingat aku sedang create story untuk di jadikan bahan bacaan umum..aiisshh Natalia..Kak Long hang ni tak minat pun nak jadi penulis NOVEL..yelaa...adik aku kecik lagi kot masa terjadi semua tu..memang laa dia tak faham pun..lagipun Mama Papa tak pernah cerita pun kat depa..
Allhamdulillah hidup aku buat masa sekarang berjalan dengan lancar..

Regards,
Natasha Aziz.


                                            

Monday, December 6, 2010

belogku = diaryku

Secara rasminya aku membuat belog baru..belog lama telah aku deactive kan..the reason is dalam belog lama aku banyak menceritakan tentang rasa ketidakpuasan hati aku terhadap orang lain..yang secara tak langsung telah menimbulkan banyak masalah..rather than kebaikan..so aku pun ambil langkah membuat belog baru..disini bukan tempat untuk aku memaki hamun orang atau menasihati orang lain..dalam belog lama aku banyak cerita keburukan orang lain..betul laa pepatah kata "kita selalu nampak kesalahan orang lain sedangkan kesalahan kita sendiri kita tak nampak pun kan.."hee..dalam belog nih aku ambil keputusan for now tak nak public kan lagi..belog nih aku buat untuk menceritakan hari-hari aku..suka dan duka..kehidupan aku dengan family aku saja..cerita kawan-kawan tak akan berada dalam belog nih..belog nih sebagai peringatan kepada aku dan ahli keluarga yang may be tak realize pun aku ada belog..hee..tak pa laa..depa tak sedar aku ada belog pun..lagipun aku tak public pun kan belog nih..so depa pun tak boleh nak baca pun..aku dok buat syok sendiri tulis..nak beli buku diary macam malu kat adik-adik kalau depa jumpa and terbaca..aiisshh habis satu rumah depa pi jaja..selamat sikit buat belog..tak dak sapa boleh baca..aku sorang jaa yang boleh buka..aku jenis yang tak suka bercerita tentang rasa isi hati aku kat orang lain..termasuk laa kat kembar aku..padahal boleh jaa kalau nak cerita kat dia..tapi..tak mau laa..bahaha malu cek..tak pa laa..aku cerita jaa kat belog kan..lagi senang..haha dok buat syok sendiri..

Regards,
Natasha Aziz