click!! click!!

MenjejakiSaya

Thursday, August 15, 2013

Ketemu lagi

Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Blog yang dulunya di private atas sebab tertentu dah kembali di publickan. Syukur sangat-sangat sepanjang saya menyepi ni dah banyak pencapaian yang saya dah capai. Sekarang ni aktif dengan Herbalife. Busy kesana kesini dengan event Herbalife. Income pun masuk. Jom tengok-tengok gambar pulak.

 Gambar kat atas ni team saya. Alhamdulillah dapat team yang sgt supportive. Jom sama-sama maju dalam Herbalife. Sayang korang!

Yang gambar kat atas ni antara rutin yang saya buat. Follow up customer. Timbang berat badan new customer. Closing utk yang nak sama-sama buat side income dalam Herbalife.

Setakat ni dulu la saya update. Banyak lagi nak kena edit hee..Sampai kita ketemu nanti ea.

Anyone yang nak lose weight @ gain weight @ reshape let me know okey. Just leave ur phone number. i'll call u back. 013-4503105


Friday, November 30, 2012

28November2012

Salam..syukur alhamdulilahh dah selamat konvo and ni adalah konvo yang terbaiikkkk dalam hidup saya..Pada mulanya konvo saya dah ditetapkan oleh pihak Universiti pada petang Rabu tapi tah macam mana boleh tukar pulak jadi sesi petang so plan asal untuk mekap sebelum buat photoshoot gagal..tapi time tu saya memang tak berminat dan dah tawar hati untuk buat photoshoot sebab "someone" tak datang on my convocation. Ya Allah Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya time dalam hall dok tunggu nak amik skrol. aduiii..msg dengan "someone" pun macam nak tanak je sebab sebelum tu saya call dia tapi dia cakap nak tidur mengantuk and seperti biasa saya akan berfikir macam-macam dlam kepala otak..Saya dah dapat rasa yang dia bukan ada kat bilik..bunyi macam kat luar tapi dia tetap jugak berkeras cakap dia kat bilik..bila suruh sumpah dia tanak. haha kelakar.

Masa dalam dewan perasaan takut semua ada laa..nervous bak hang..bila dah habis semua keluar dewan tengok adek yang kecik pegang bear besar sama dengan size badan dia hehe hati dah mula berbunga-bunga. and I know dia dah datang. Pandang kiri kanan still tak nampak dia jugak..dia menyorok..ceh..last-last jumpa jugak..

Dia bagi bunga dengan bear besar gila..hehe dapat amik gambar sekali..lepas tu dia pun jumpa Mama Papa..lepas salam-salam kitaorang pun mula laa sesi bergambar.
Amik services dari member baik sendiri Aliyah..dia amik seorang RM120 and it worth it..sumpah tak tipu..Kembar saya yang gard kat UUM pun join bergambar dalam UiTM..yeah..hepi gila..

Finally dapat jugak "Ijazah" hee..Tq sayang..Tq Mama Papa..Tq Adek-adek.. Love!
And then dapat spend masa dengan buah hati kat rumah saya sendiri sambil di temani keluarga..sumpah suka sangat..
Mama Papa pun dah bagi green light..Mama kata "Suka kat dia ke? ajak laa kawen" hee berbunga dengar plus malu-malu kucing *wink
muka teruja heee

dengan kembar yeah..kami dah grad and bawak balik dua Ijazah untuk Mama Papa

suka gambar niii :)



Sunday, October 14, 2012

jalan dulu usah dikenang

Salam..
Bila aku kembali mengimbau masa lampau aku jadi malu,takut dan hina. Aku banyak habiskan masa aku dengan sia-sia. Ke mana arah tuju aku keliru. Aku mula hanyut dengan kesenangan. Dulunya aku bangga dengan kemewahan dan kesenangan hidup yang pada aku sangat mudah untuk dimiliki. Aku lupa dengan Maha Pencipta. Yaa aku lupa pada Mu Ya Allah. Bila aku ditimpa musibah aku mudah pula untuk inagt pada Engkau. Adakah itu benar lumrah seorang insan? Ya Allah..Aku mohon keampunan Mu.

Pernah suatu ketika aku rasa bangga dan hebat menunjukkan mahkota ku iaitu rambut. Aku kerap kali tukar fesyen rambut. Bagi aku, "wah..hebat ni..lelaki tengok aku..mesti diorang kata rambut aku cantik."..Sedikit pun tak terlintas untuk berhijab. Ya Allah bertapa angkuhnya aku huu maafkan aku Ya Allah..Aku pernah didatangi 3kali mimpi yang sama..Aku diamkan. Sebab ketika itu aku fikir mungkin itu hanyalah mainan mimpi. Aku mimpi seorang Ustaz, usah lah disebut namanya di sini. Dia memberitahu aku. "Pakai lah tudung. Sudah sampai masanya. Ingatlah azab." Nauzubillah..Mimpi ini tidak sama sekali aku ceritakan kepada sesiapa..Aku pernah jugak bermimpi arwah tok wan datang dalam mimpi dan suruh aku pakai tudung..Ya Allah..mungkin ini petunjuk dari Mu Ya Allah..

Seorang insan yang dekat dengan aku pun suruh aku pakai tudung. Dia pernah mengeluarkan satu ayat yang buat aku tersentuh. Dia kata "kenapa tunjuk gambar tak pakai tudung dekat Facebook dan blog? Kenapa tak letak gambar bogel saja"..Ayat dia menyentap perasaan aku. Aku mula berfikir. Yee mungkin sehina itu laa kiranya kita tidak berhijab. Aku mula untuk berubah kearah yang diredhai oleh mu Ya Allah :(

Hamba Mu memohon agar Engkau tetapkan lah iman aku..berikan lah aku cahaya nur Mu Ya Allah..

Maaf

Assalamualaikum readers..

Saya kini sudah berhijab. Untuk makluman semua saya sudah tidak mengupload gambar yang tidak berhijab. Ya Allah. Kuatkan lah iman hamba Mu ini..

Saya mohon maaf kepada kalian jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Harap yang lepas-lepas usah diungkit kembali aib saya. huu Anyone know hows to delete photo from Google and Yahoo? Bila kite Google image and Yahoo image definitely akan keluar gambar kite yang dulu-dulu huu

"Ya Allah. Moga hidayah yang Engkau berikan kepada aku akan berpanjangan hingga akhir hayat. Amin"

Saturday, October 13, 2012

independent

Salam..okey ni update untuk kali kedua for today. tak ada benda nak buat kat rumah sewa so start lah mencari idea untuk luahkan apa yang tersirat dalam kepala otak. Nak bercakap pasal independent atau maksud lain berdikari. Cuba kita check diri kita adakah kita dah cukup berdikari..
Saya dah banyak belajar erti berdikari dari partner saya. Dia banyak ajar cara susah and hows to solve the problem. Dulu saya sangat demand. Tak mau naik moto laa tak mau naik bus laa..sampai la dia pun pening and fed up dengan saya. Pelan-pelan dia ajar saya. So saya pun pelan-pelan ikut his style.Saya kurangkan merungut dan bermalasan. Buat planning without depend on my family. I try with my own way. Cari keje cepat-cepat sedangkan masa tu saya tengah tunggu final result untuk semester terakhir Ijazah. Alhamdulillah dengan first try interview kat MYEG Services Sdn Bhd saya terus di offer position Account Executive. hee Syukur kepada Allah SWT. Dah masuk 3bulan saya bekerja and i really love my work. Stress kat mana-mana pun ada kan. Tambahan pulak saya bekerja di bawah big boss chines and of cos their expectation out of limit lines..hee Mula keja dulu cuak jugak..hari-hari ada je buat salah and my boss kena ajar. tapi sekarang tidak lagi. but im still continue my studies.
Sekarang sedang tunggu nak konvo kat UiTM Arau. Saya cita-cita nak ada satu business part time as my side income. InsyaAllah im moving toward. Mohon Allah permudahkan segala nya..Nak berjaya solat jangan tinggal okey..Remind to myself..kadang-kadang bila senang je mudah laa lalai dan lupa pada Yang Esa. :(

bersabarlah sayang

Assalamualaikum..hari ni terasa macam nak bercerita something..tak sia-sia tasha belajar selama 3tahun untuk dapat segulung ijazah..28nov adalah hari yang bersejarah..tasha dah make a few plan untuk graduation day..tasha dah plan nak tempah baju exactly same like this..tapi kain tak pegi beli huu hopefully sempat lah kan..owh one more thing..tasha ada amik untuk outdoor photo shoot jugak untuk family and my partner..dalam hati teringin nak pakai jubah tu dan bergambar dengan partner pakai uniform..huu "sayang could u pls get the leave on my graduation day?" huu 


Nak pegi survey jugak butik kat seksyen 7 shah alam kot-kot ada baju yang ready make exactly same like this..malas nak pegi cari tailor sebenarnya..Hijab pun tasha plan nak pakai yang sakura shawl from Radiusite..Make up tasha tempah dari schoolmate..murah and quality sangat cantik..
hee bersabarlah sayang..tinggal berapa hari je lagii..:)

Tuesday, October 2, 2012

Assalamualaikum

hye.
short update for today.

To Abdul Hakam 

"I love You. Thanks for everything. Always be my second hero in my life after Papa hee Kite janji ea jaga hubungan kite sampai ke jinjang pelamin hee Amin"

To Mama Papa Adik2

"I miss You soo much sob sob.."

Tuesday, July 31, 2012

i wish, i wish

Hye..Sekarang update sebelum nak berangkat balik KL and start my new work as Account Executive at MYEG Services Bhd. Syukur. Pencarian kerja saya sangat mudah dan saya harap dapat penuh semua target by the end of this year. Settle bab kerja and sekarang tengah berdebar-debar menunggu result final semester saya. I'm taking Bachelor in Accountancy. Hope everything will be perfect for me. Amin.

Nak cerita pasal kerja. Saya lebih selesa merancang sendiri tanpa beritahu orang. Bukan apa sometimes benda yang kita nak bincang tu takut orang mendengar tak setuju kan. Saya bukan jenis orang yang tak dapat terima kritikan tapi bagi saya, saya nak orang yang boleh bagi semangat dekat saya.

Tatau lah macam mana environment tempat kerja baru dekat Bandar Utama, nearly with Sri Pentas and One Utama. hee How come maa..Masa pegi interview hari tu memang dah fall in love dengan environment dia. Sangat selesa, best, sunyi, and suasana "corporate" jelas terpancar di segenap ruang. Semangat saya nak kerja jadi kuat lepas tengok orang sekeliling yang sangat passion when doing their job. Jalan laju-laju, tak pandang kiri kanan, With their beg and file, book and etc. Sumpah sangat suka and i'm moving to be like "them". InsyaAllah I'll give 110% commitment for my task and job. Its quick difficult to got the job. huu Tuhan jela tau macam mana debar nya di interview oleh 2panel consist 2 chineses female and as usual mentaliti saya fikir "argghhh mati aku. orang cina yang interview..!" hehe padahal takde apa sanagt pun. Diorang sangat friendly and during the interview session we talk in English. Sumpah nervous. Apa yang aku mencarut pun tatau lah..HAHA

Topic : i wish, iwish
I wish by the end of this year I got my own car and saving hehe

Salam Ramadhan,
Natasha Aziz

Monday, July 30, 2012

Subhanaallah. Rahmat Ramadhan

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya ada cerita yang saya kena attend a few of interview session. My interview session as follow:
1  Myeg at Bandar Utama PJ and I apply for Credit Control Officer position
2  TM at Jalan Gurney in front of main gate MINDEF and I apply for account clerk position
3   Marketing position at Wangsa Walk Mall

huu..syukur sangat-sangat. alhamdulillah. I got phone call from Myeg and TM itself and they said that i'm have been accepted.
Previously at Myeg I apply for Credit Control Officer by then they call me and said that i'm qualified for Account Executive. Alhamdulillah.

Okey laa..nanti saya update lagi ea..cukup sampai di sini dulu. hee nak prepare diri untuk 1st day kerja hari Rabu ni on 1st August 2012 :)

Sunday, July 29, 2012

Give One Chance

Silent
Keep on thinking "kenapa tak dapat peluang kedua untuk membuktikan diri saya boleh berjaya"
Jangan lah bersikap pilih kasih. Saya mungkin terasa dengan itu. Mungkin saya tak perfect "dia".
Mungkin "anda" tak nampak lagi di mana saya boleh bantu "anda" bukan? "anda" hanya fikir "dia" lah satu-satu harapan "anda" untuk "dia" tolong "anda".
Jangan lah pandang rendah dekat saya. Give me one chance to prove how better me than she's.
Astagfirullahalazim...

   "Ya Allah. Hambu Mu mohon agar jauhkan lah perasaan ini dari hati aku. Jauhkan benci dan hasat dengki dalam diri aku ni. Mohon Engkau pulihkan kepercayaan dua orang yang sangat-sangat penting dalam hidup aku. Berikan aku kekuatan untuk bantu mereka. Enkau jauhkan lah manusia yang cuba untuk memburukan aku, menjatuhkan aku". :'(

Sunday, July 22, 2012

Exactly one year onward, what were you doing?

Talking..bumbling..bebelan..
Apa plan saya setahun akan datang. Saya nak achieve target untuk jadi wanita berkejaya hee okey that all..
Apa-apa pun target and plan tak leh nak cerita lebih-lebih. nanti macam menunjuk-nunjuk pulak. biar semua impian ter"realiasasi" and then baru saya cerita okey :)
Bubye

makin tua makin berat tanggungjawab

Salam. Now 2nd day of Ramadhan. Alhamdulillah dapat bangun sahur. Sementara nak tunggu Subuh and nak tunggu si buah hati sampai kem dia boleh la curi masa update sikit. huu Si buah hati balik KL arini sebab katanya "duty". kesian kat dia tak sempat nak duk kampung lama sikit. mood dia agak down kot sikit semalam masa tunggu bus nak balik KL.

Semalam before buka puasa ada msg cousin si buah hati ni. haha terwish awal pulak untuk berbuka and then kak Nadia reply "awal lagiii..sini 7.30..pose tak arini" haaha Kelantan dengan Kedah waktu berbuka hampir sama je.. Dia tanya saya dah habis belajar ke and cari keje kat mana.. huu nak ikutkan soalan tu buat saya stress untuk berfikir apa lah nasib saya nanti. dengan nak cari keje laa.. nak tengok tempat tinggal laa. plan asal nak keje area KL tapi bila sekarang dah rasa nak prefer government rather than swasta huu nak tunggu government punya jawapan lambat kott so then plan nak keje swasta dulu for a few months sementara nak tunggu govenment. Dok survey jugak keje kat mudah.my dengan jobstreet and tak lupa jugak saya dah apply thru UiTM punya website untuk formal student yang cari keje.
Now just tunggu lagi tawaran dan call untuk interview :)

Saturday, July 21, 2012

Interview

Okey. This my first time interview. haha gila kau..aku nervous tahap cipan. tatau nak prepare apa. hope everything will be perfect for me during the interview. InsyaAllah :)

Ya Allah mohon Kau berikan yang terbaik untuk aku. Amin.

ThankYouSayang

First tudung yang dia bagi. 
 Okey gambar ni tak proper. Suppose pakai tudung tak leh pakai t-shirt lengan pendek macam ni okey guys.  hee belasah je amik gambar. motif nka tunjuk tudung je :)
Bukti pembelian. haha gigih nak tunjuk jugak

Subhanallah

Subhanallah. Jujur hati saya mengakui saya cinta dia. Tapi cinta tak semestinya atas status "couple" bukan. Saya bahagia dengan hubungan macam ni yang tiada satu istilah "couple"
Allah dah atur siapa jodoh kite. Lama atau cepat itu rahsia Allah. Kite hanya mampu berdoa dan terus berusaha agar "someone" jadi milik kite suatu hari nanti. InsyaAllah :)

Mampu kah saya meneruskan niat hati saya. Mungkin berjauhan boleh mengukuhkan hubungan itu ke jalan yang di redhai Allah? huu keep on thinking. "Dear Allah. Please make me strong and stonger.."

Kepada Awak..
Saya sayang awak dari dulu sampai sekarang. Perasaan itu tak penah berubah walaupun banyak benda datang. Sehingga kepercayaan awak dekat saya dah hampir padam. Saya still berdoa dekat Allah agar hati dan sayang saya dekat awak tak berubah. Penah jugak saya berdoa agar Allah jauhkan awak kalau benar awak bukan untuk saya. Tapi bila benda itu hampir terjadi, awak tertiba muncul balik dalam hidup saya. Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan ni nak amik berkat doa banyak-banyak kat Allah agar dia permudahkan segala nya bagi saya. Amin <3

Friday, July 20, 2012

F.O.C.U.S.

Salam Ramadhan. hee
Alhamdulillah sekarang dah habiskan study dekat UiTM Arau. huu proceed dengan nak cari kerjaya tetap sekarang. Since result final semester hari tu tak keluar lagi, terpaksa lah cari keje guna Diploma. tak pe lah asalkan dapat keje and dapat achieve target tahun nih kan..
Kebelakangan ni kerap gayut dengan buah hati. HAHA dia balik Klate for 2weeks. Okey tu sangat lama dan saya mula buat perangai. Kesian dia nak melayan kerenah saya. Kena lah call malam hari untuk bergayut dengan saya. Ohh btw. Celcom sekarang ada promotion "Whatchuwant" Dail *128# and then pilih 1. So kita boleh pilih talk plan or sms plan. hee Buah hati saya pilih talk plan RM1 for 2hours call to any number Celcom within 2hours. :) Awesome! kitaorang bebel 2jam tak henti. aishh..lenguh mulut.
Dok sembang pasal "future" ceh..haha Dia cakap wife beli kereta and husband beli rumah. hee Okey lah sangat plan tuh kan..btw tak leh nak berangan jauh-jauh since saya still dikategorikan sebagai "penganggur". huu betul ke tak spelling cam tu..arrghh belasah je.
Dok cari keje guna mudah.com je. Harap-harap dapat call cepat-cepat. Amin.

Mood tak mau tidoq..nak tunggu sahur hee excited malam 1st Ramadhan :)

Sunday, June 24, 2012

merah peah

Nama saya Peah.
Saya ta kawen lagi.
Hee ;)
Bubbye.

Monday, June 18, 2012

menghitung hari



Final exam untuk final semester saya dah nak dekat. Next week will be my first paper. huu Wish me luck..
hee ta ada keje..edit gambaq dalam kete..goyang-goyang pening kepala..HAHA typo setting=sitting gahaha on my way back to Arau and finish the last week before final exam start :)