click!! click!!

MenjejakiSaya

Friday, March 4, 2011

Hey stone.

Pabila hati perempuan sekeras dan sekuat batu.
Jangan nak salahkan orang pabila dia dah tak ingin tunggu di sebelah kau. Kau tahu tak. Kekadang kau tak sedar kau layan dia acuh tak acuh. Dan bila hati dia dah berubah dan bertukar menjadi sekuat dan sekeras batu, dia mungkin tak akan kembali untuk menoleh ke arah kau lagi. Pabila segala usaha dan rasa "caring" dia terhadap kau saban hari kau tak endah kan..Kau mungkin tak sedar dia mungkin sudah belajar untuk berjalan sendiri tanpa "someone" disisinya. Kau sedar tak, dia mungkin akan berjaya 10kali jauh dari kau. Kau mungkin buta atau tak nampak kehadiran dia. Selalu kau sakitkan hati dia. Dia mungkin pada mulanya mampu untuk memaafkan kau sebab perasaan sayang terhadap kau masih tebal ketika dan saat itu. Bertubi-tubi kau sakitkan hati dia. Kau sedar tak, Perempuan mana yang tahan untuk semua itu. Dia mampu senyum untuk menutup kesedihan di hati dia. Kau tahu tak apa perasaan dia pabila terpaksa dan kena bersaing untuk "dapatkan" kau? Dia pernah cakap kat kau, sekali dia dah tawar hati dengan seseorang, jangan haraplah dia akan kembali memaafkan orang itu. Masih ke kau ingat kata-kata dia? Atau mungkin kau hanya ingat itu hanyalah kata-kata kosong. Dia cakap dia dah letih untuk semua ini. Kau ada kisah ke? Totally lah kau tak kisah kan. Dalam hati dia, dia cuba untuk mengelakkan dan berfikir siapa kau? Kau bukan lah siapa-siapa kalau nak di bandingkan dengan insan sebelum ini. Tapi itulah Perempuan. Dia tak kisah siapa pun kau. Siapa pun nama kau. Kekadang dia rasa "Eh..kurang apa lagi kat aku?". Sedangkan dia sebenarnya tiada kekurangan. Memang lah dia tak baik macam kau. Tapi kau tak layak dan tak ada hak nak sakitkan hati dia. 
Dia cakap "Maaf sebab terpaksa menarik diri. Berundur untuk yang lain". Kepada yang lain. Sila lah take a chance. Be perfect more and more than her. Dia nak lihat hebatkah yang lain jika nak dibandingkan dengan dia.

To be continue..<3