click!! click!!

MenjejakiSaya

Sunday, October 14, 2012

jalan dulu usah dikenang

Salam..
Bila aku kembali mengimbau masa lampau aku jadi malu,takut dan hina. Aku banyak habiskan masa aku dengan sia-sia. Ke mana arah tuju aku keliru. Aku mula hanyut dengan kesenangan. Dulunya aku bangga dengan kemewahan dan kesenangan hidup yang pada aku sangat mudah untuk dimiliki. Aku lupa dengan Maha Pencipta. Yaa aku lupa pada Mu Ya Allah. Bila aku ditimpa musibah aku mudah pula untuk inagt pada Engkau. Adakah itu benar lumrah seorang insan? Ya Allah..Aku mohon keampunan Mu.

Pernah suatu ketika aku rasa bangga dan hebat menunjukkan mahkota ku iaitu rambut. Aku kerap kali tukar fesyen rambut. Bagi aku, "wah..hebat ni..lelaki tengok aku..mesti diorang kata rambut aku cantik."..Sedikit pun tak terlintas untuk berhijab. Ya Allah bertapa angkuhnya aku huu maafkan aku Ya Allah..Aku pernah didatangi 3kali mimpi yang sama..Aku diamkan. Sebab ketika itu aku fikir mungkin itu hanyalah mainan mimpi. Aku mimpi seorang Ustaz, usah lah disebut namanya di sini. Dia memberitahu aku. "Pakai lah tudung. Sudah sampai masanya. Ingatlah azab." Nauzubillah..Mimpi ini tidak sama sekali aku ceritakan kepada sesiapa..Aku pernah jugak bermimpi arwah tok wan datang dalam mimpi dan suruh aku pakai tudung..Ya Allah..mungkin ini petunjuk dari Mu Ya Allah..

Seorang insan yang dekat dengan aku pun suruh aku pakai tudung. Dia pernah mengeluarkan satu ayat yang buat aku tersentuh. Dia kata "kenapa tunjuk gambar tak pakai tudung dekat Facebook dan blog? Kenapa tak letak gambar bogel saja"..Ayat dia menyentap perasaan aku. Aku mula berfikir. Yee mungkin sehina itu laa kiranya kita tidak berhijab. Aku mula untuk berubah kearah yang diredhai oleh mu Ya Allah :(

Hamba Mu memohon agar Engkau tetapkan lah iman aku..berikan lah aku cahaya nur Mu Ya Allah..