click!! click!!

MenjejakiSaya

Friday, November 30, 2012

28November2012

Salam..syukur alhamdulilahh dah selamat konvo and ni adalah konvo yang terbaiikkkk dalam hidup saya..Pada mulanya konvo saya dah ditetapkan oleh pihak Universiti pada petang Rabu tapi tah macam mana boleh tukar pulak jadi sesi petang so plan asal untuk mekap sebelum buat photoshoot gagal..tapi time tu saya memang tak berminat dan dah tawar hati untuk buat photoshoot sebab "someone" tak datang on my convocation. Ya Allah Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya time dalam hall dok tunggu nak amik skrol. aduiii..msg dengan "someone" pun macam nak tanak je sebab sebelum tu saya call dia tapi dia cakap nak tidur mengantuk and seperti biasa saya akan berfikir macam-macam dlam kepala otak..Saya dah dapat rasa yang dia bukan ada kat bilik..bunyi macam kat luar tapi dia tetap jugak berkeras cakap dia kat bilik..bila suruh sumpah dia tanak. haha kelakar.

Masa dalam dewan perasaan takut semua ada laa..nervous bak hang..bila dah habis semua keluar dewan tengok adek yang kecik pegang bear besar sama dengan size badan dia hehe hati dah mula berbunga-bunga. and I know dia dah datang. Pandang kiri kanan still tak nampak dia jugak..dia menyorok..ceh..last-last jumpa jugak..

Dia bagi bunga dengan bear besar gila..hehe dapat amik gambar sekali..lepas tu dia pun jumpa Mama Papa..lepas salam-salam kitaorang pun mula laa sesi bergambar.
Amik services dari member baik sendiri Aliyah..dia amik seorang RM120 and it worth it..sumpah tak tipu..Kembar saya yang gard kat UUM pun join bergambar dalam UiTM..yeah..hepi gila..

Finally dapat jugak "Ijazah" hee..Tq sayang..Tq Mama Papa..Tq Adek-adek.. Love!
And then dapat spend masa dengan buah hati kat rumah saya sendiri sambil di temani keluarga..sumpah suka sangat..
Mama Papa pun dah bagi green light..Mama kata "Suka kat dia ke? ajak laa kawen" hee berbunga dengar plus malu-malu kucing *wink
muka teruja heee

dengan kembar yeah..kami dah grad and bawak balik dua Ijazah untuk Mama Papa

suka gambar niii :)



Sunday, October 14, 2012

jalan dulu usah dikenang

Salam..
Bila aku kembali mengimbau masa lampau aku jadi malu,takut dan hina. Aku banyak habiskan masa aku dengan sia-sia. Ke mana arah tuju aku keliru. Aku mula hanyut dengan kesenangan. Dulunya aku bangga dengan kemewahan dan kesenangan hidup yang pada aku sangat mudah untuk dimiliki. Aku lupa dengan Maha Pencipta. Yaa aku lupa pada Mu Ya Allah. Bila aku ditimpa musibah aku mudah pula untuk inagt pada Engkau. Adakah itu benar lumrah seorang insan? Ya Allah..Aku mohon keampunan Mu.

Pernah suatu ketika aku rasa bangga dan hebat menunjukkan mahkota ku iaitu rambut. Aku kerap kali tukar fesyen rambut. Bagi aku, "wah..hebat ni..lelaki tengok aku..mesti diorang kata rambut aku cantik."..Sedikit pun tak terlintas untuk berhijab. Ya Allah bertapa angkuhnya aku huu maafkan aku Ya Allah..Aku pernah didatangi 3kali mimpi yang sama..Aku diamkan. Sebab ketika itu aku fikir mungkin itu hanyalah mainan mimpi. Aku mimpi seorang Ustaz, usah lah disebut namanya di sini. Dia memberitahu aku. "Pakai lah tudung. Sudah sampai masanya. Ingatlah azab." Nauzubillah..Mimpi ini tidak sama sekali aku ceritakan kepada sesiapa..Aku pernah jugak bermimpi arwah tok wan datang dalam mimpi dan suruh aku pakai tudung..Ya Allah..mungkin ini petunjuk dari Mu Ya Allah..

Seorang insan yang dekat dengan aku pun suruh aku pakai tudung. Dia pernah mengeluarkan satu ayat yang buat aku tersentuh. Dia kata "kenapa tunjuk gambar tak pakai tudung dekat Facebook dan blog? Kenapa tak letak gambar bogel saja"..Ayat dia menyentap perasaan aku. Aku mula berfikir. Yee mungkin sehina itu laa kiranya kita tidak berhijab. Aku mula untuk berubah kearah yang diredhai oleh mu Ya Allah :(

Hamba Mu memohon agar Engkau tetapkan lah iman aku..berikan lah aku cahaya nur Mu Ya Allah..

Maaf

Assalamualaikum readers..

Saya kini sudah berhijab. Untuk makluman semua saya sudah tidak mengupload gambar yang tidak berhijab. Ya Allah. Kuatkan lah iman hamba Mu ini..

Saya mohon maaf kepada kalian jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Harap yang lepas-lepas usah diungkit kembali aib saya. huu Anyone know hows to delete photo from Google and Yahoo? Bila kite Google image and Yahoo image definitely akan keluar gambar kite yang dulu-dulu huu

"Ya Allah. Moga hidayah yang Engkau berikan kepada aku akan berpanjangan hingga akhir hayat. Amin"

Saturday, October 13, 2012

independent

Salam..okey ni update untuk kali kedua for today. tak ada benda nak buat kat rumah sewa so start lah mencari idea untuk luahkan apa yang tersirat dalam kepala otak. Nak bercakap pasal independent atau maksud lain berdikari. Cuba kita check diri kita adakah kita dah cukup berdikari..
Saya dah banyak belajar erti berdikari dari partner saya. Dia banyak ajar cara susah and hows to solve the problem. Dulu saya sangat demand. Tak mau naik moto laa tak mau naik bus laa..sampai la dia pun pening and fed up dengan saya. Pelan-pelan dia ajar saya. So saya pun pelan-pelan ikut his style.Saya kurangkan merungut dan bermalasan. Buat planning without depend on my family. I try with my own way. Cari keje cepat-cepat sedangkan masa tu saya tengah tunggu final result untuk semester terakhir Ijazah. Alhamdulillah dengan first try interview kat MYEG Services Sdn Bhd saya terus di offer position Account Executive. hee Syukur kepada Allah SWT. Dah masuk 3bulan saya bekerja and i really love my work. Stress kat mana-mana pun ada kan. Tambahan pulak saya bekerja di bawah big boss chines and of cos their expectation out of limit lines..hee Mula keja dulu cuak jugak..hari-hari ada je buat salah and my boss kena ajar. tapi sekarang tidak lagi. but im still continue my studies.
Sekarang sedang tunggu nak konvo kat UiTM Arau. Saya cita-cita nak ada satu business part time as my side income. InsyaAllah im moving toward. Mohon Allah permudahkan segala nya..Nak berjaya solat jangan tinggal okey..Remind to myself..kadang-kadang bila senang je mudah laa lalai dan lupa pada Yang Esa. :(

bersabarlah sayang

Assalamualaikum..hari ni terasa macam nak bercerita something..tak sia-sia tasha belajar selama 3tahun untuk dapat segulung ijazah..28nov adalah hari yang bersejarah..tasha dah make a few plan untuk graduation day..tasha dah plan nak tempah baju exactly same like this..tapi kain tak pegi beli huu hopefully sempat lah kan..owh one more thing..tasha ada amik untuk outdoor photo shoot jugak untuk family and my partner..dalam hati teringin nak pakai jubah tu dan bergambar dengan partner pakai uniform..huu "sayang could u pls get the leave on my graduation day?" huu 


Nak pegi survey jugak butik kat seksyen 7 shah alam kot-kot ada baju yang ready make exactly same like this..malas nak pegi cari tailor sebenarnya..Hijab pun tasha plan nak pakai yang sakura shawl from Radiusite..Make up tasha tempah dari schoolmate..murah and quality sangat cantik..
hee bersabarlah sayang..tinggal berapa hari je lagii..:)

Tuesday, October 2, 2012

Assalamualaikum

hye.
short update for today.

To Abdul Hakam 

"I love You. Thanks for everything. Always be my second hero in my life after Papa hee Kite janji ea jaga hubungan kite sampai ke jinjang pelamin hee Amin"

To Mama Papa Adik2

"I miss You soo much sob sob.."

Tuesday, July 31, 2012

i wish, i wish

Hye..Sekarang update sebelum nak berangkat balik KL and start my new work as Account Executive at MYEG Services Bhd. Syukur. Pencarian kerja saya sangat mudah dan saya harap dapat penuh semua target by the end of this year. Settle bab kerja and sekarang tengah berdebar-debar menunggu result final semester saya. I'm taking Bachelor in Accountancy. Hope everything will be perfect for me. Amin.

Nak cerita pasal kerja. Saya lebih selesa merancang sendiri tanpa beritahu orang. Bukan apa sometimes benda yang kita nak bincang tu takut orang mendengar tak setuju kan. Saya bukan jenis orang yang tak dapat terima kritikan tapi bagi saya, saya nak orang yang boleh bagi semangat dekat saya.

Tatau lah macam mana environment tempat kerja baru dekat Bandar Utama, nearly with Sri Pentas and One Utama. hee How come maa..Masa pegi interview hari tu memang dah fall in love dengan environment dia. Sangat selesa, best, sunyi, and suasana "corporate" jelas terpancar di segenap ruang. Semangat saya nak kerja jadi kuat lepas tengok orang sekeliling yang sangat passion when doing their job. Jalan laju-laju, tak pandang kiri kanan, With their beg and file, book and etc. Sumpah sangat suka and i'm moving to be like "them". InsyaAllah I'll give 110% commitment for my task and job. Its quick difficult to got the job. huu Tuhan jela tau macam mana debar nya di interview oleh 2panel consist 2 chineses female and as usual mentaliti saya fikir "argghhh mati aku. orang cina yang interview..!" hehe padahal takde apa sanagt pun. Diorang sangat friendly and during the interview session we talk in English. Sumpah nervous. Apa yang aku mencarut pun tatau lah..HAHA

Topic : i wish, iwish
I wish by the end of this year I got my own car and saving hehe

Salam Ramadhan,
Natasha Aziz

Monday, July 30, 2012

Subhanaallah. Rahmat Ramadhan

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya ada cerita yang saya kena attend a few of interview session. My interview session as follow:
1  Myeg at Bandar Utama PJ and I apply for Credit Control Officer position
2  TM at Jalan Gurney in front of main gate MINDEF and I apply for account clerk position
3   Marketing position at Wangsa Walk Mall

huu..syukur sangat-sangat. alhamdulillah. I got phone call from Myeg and TM itself and they said that i'm have been accepted.
Previously at Myeg I apply for Credit Control Officer by then they call me and said that i'm qualified for Account Executive. Alhamdulillah.

Okey laa..nanti saya update lagi ea..cukup sampai di sini dulu. hee nak prepare diri untuk 1st day kerja hari Rabu ni on 1st August 2012 :)

Sunday, July 29, 2012

Give One Chance

Silent
Keep on thinking "kenapa tak dapat peluang kedua untuk membuktikan diri saya boleh berjaya"
Jangan lah bersikap pilih kasih. Saya mungkin terasa dengan itu. Mungkin saya tak perfect "dia".
Mungkin "anda" tak nampak lagi di mana saya boleh bantu "anda" bukan? "anda" hanya fikir "dia" lah satu-satu harapan "anda" untuk "dia" tolong "anda".
Jangan lah pandang rendah dekat saya. Give me one chance to prove how better me than she's.
Astagfirullahalazim...

   "Ya Allah. Hambu Mu mohon agar jauhkan lah perasaan ini dari hati aku. Jauhkan benci dan hasat dengki dalam diri aku ni. Mohon Engkau pulihkan kepercayaan dua orang yang sangat-sangat penting dalam hidup aku. Berikan aku kekuatan untuk bantu mereka. Enkau jauhkan lah manusia yang cuba untuk memburukan aku, menjatuhkan aku". :'(

Sunday, July 22, 2012

Exactly one year onward, what were you doing?

Talking..bumbling..bebelan..
Apa plan saya setahun akan datang. Saya nak achieve target untuk jadi wanita berkejaya hee okey that all..
Apa-apa pun target and plan tak leh nak cerita lebih-lebih. nanti macam menunjuk-nunjuk pulak. biar semua impian ter"realiasasi" and then baru saya cerita okey :)
Bubye

makin tua makin berat tanggungjawab

Salam. Now 2nd day of Ramadhan. Alhamdulillah dapat bangun sahur. Sementara nak tunggu Subuh and nak tunggu si buah hati sampai kem dia boleh la curi masa update sikit. huu Si buah hati balik KL arini sebab katanya "duty". kesian kat dia tak sempat nak duk kampung lama sikit. mood dia agak down kot sikit semalam masa tunggu bus nak balik KL.

Semalam before buka puasa ada msg cousin si buah hati ni. haha terwish awal pulak untuk berbuka and then kak Nadia reply "awal lagiii..sini 7.30..pose tak arini" haaha Kelantan dengan Kedah waktu berbuka hampir sama je.. Dia tanya saya dah habis belajar ke and cari keje kat mana.. huu nak ikutkan soalan tu buat saya stress untuk berfikir apa lah nasib saya nanti. dengan nak cari keje laa.. nak tengok tempat tinggal laa. plan asal nak keje area KL tapi bila sekarang dah rasa nak prefer government rather than swasta huu nak tunggu government punya jawapan lambat kott so then plan nak keje swasta dulu for a few months sementara nak tunggu govenment. Dok survey jugak keje kat mudah.my dengan jobstreet and tak lupa jugak saya dah apply thru UiTM punya website untuk formal student yang cari keje.
Now just tunggu lagi tawaran dan call untuk interview :)

Saturday, July 21, 2012

Interview

Okey. This my first time interview. haha gila kau..aku nervous tahap cipan. tatau nak prepare apa. hope everything will be perfect for me during the interview. InsyaAllah :)

Ya Allah mohon Kau berikan yang terbaik untuk aku. Amin.

ThankYouSayang

First tudung yang dia bagi. 
 Okey gambar ni tak proper. Suppose pakai tudung tak leh pakai t-shirt lengan pendek macam ni okey guys.  hee belasah je amik gambar. motif nka tunjuk tudung je :)
Bukti pembelian. haha gigih nak tunjuk jugak

Subhanallah

Subhanallah. Jujur hati saya mengakui saya cinta dia. Tapi cinta tak semestinya atas status "couple" bukan. Saya bahagia dengan hubungan macam ni yang tiada satu istilah "couple"
Allah dah atur siapa jodoh kite. Lama atau cepat itu rahsia Allah. Kite hanya mampu berdoa dan terus berusaha agar "someone" jadi milik kite suatu hari nanti. InsyaAllah :)

Mampu kah saya meneruskan niat hati saya. Mungkin berjauhan boleh mengukuhkan hubungan itu ke jalan yang di redhai Allah? huu keep on thinking. "Dear Allah. Please make me strong and stonger.."

Kepada Awak..
Saya sayang awak dari dulu sampai sekarang. Perasaan itu tak penah berubah walaupun banyak benda datang. Sehingga kepercayaan awak dekat saya dah hampir padam. Saya still berdoa dekat Allah agar hati dan sayang saya dekat awak tak berubah. Penah jugak saya berdoa agar Allah jauhkan awak kalau benar awak bukan untuk saya. Tapi bila benda itu hampir terjadi, awak tertiba muncul balik dalam hidup saya. Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan ni nak amik berkat doa banyak-banyak kat Allah agar dia permudahkan segala nya bagi saya. Amin <3

Friday, July 20, 2012

F.O.C.U.S.

Salam Ramadhan. hee
Alhamdulillah sekarang dah habiskan study dekat UiTM Arau. huu proceed dengan nak cari kerjaya tetap sekarang. Since result final semester hari tu tak keluar lagi, terpaksa lah cari keje guna Diploma. tak pe lah asalkan dapat keje and dapat achieve target tahun nih kan..
Kebelakangan ni kerap gayut dengan buah hati. HAHA dia balik Klate for 2weeks. Okey tu sangat lama dan saya mula buat perangai. Kesian dia nak melayan kerenah saya. Kena lah call malam hari untuk bergayut dengan saya. Ohh btw. Celcom sekarang ada promotion "Whatchuwant" Dail *128# and then pilih 1. So kita boleh pilih talk plan or sms plan. hee Buah hati saya pilih talk plan RM1 for 2hours call to any number Celcom within 2hours. :) Awesome! kitaorang bebel 2jam tak henti. aishh..lenguh mulut.
Dok sembang pasal "future" ceh..haha Dia cakap wife beli kereta and husband beli rumah. hee Okey lah sangat plan tuh kan..btw tak leh nak berangan jauh-jauh since saya still dikategorikan sebagai "penganggur". huu betul ke tak spelling cam tu..arrghh belasah je.
Dok cari keje guna mudah.com je. Harap-harap dapat call cepat-cepat. Amin.

Mood tak mau tidoq..nak tunggu sahur hee excited malam 1st Ramadhan :)

Sunday, June 24, 2012

merah peah

Nama saya Peah.
Saya ta kawen lagi.
Hee ;)
Bubbye.

Monday, June 18, 2012

menghitung hari



Final exam untuk final semester saya dah nak dekat. Next week will be my first paper. huu Wish me luck..
hee ta ada keje..edit gambaq dalam kete..goyang-goyang pening kepala..HAHA typo setting=sitting gahaha on my way back to Arau and finish the last week before final exam start :)


Demi Awak

Salam..hee dah lama ta tengok-tengok blog..buat make up baru huu penat betul nak adjust-adjust header..Saya bukan manusia yang suka bekerja dengan IT HAHA statement lahar gilaa..

Cer tengok gambar kat atas tu. Saya buat sendiri untuk awak. Kurang gula and cair hee Sorry :(

Saturday, May 19, 2012

Mentaliti Orang Bercinta

Assalamualaikum. I'm start writing back. Lately sangat busy dengan preparation menjelang final exam untuk final semestar. After this grad InsyaAllah. Duduk dekat Arau boleh lah tahan. Sekarang tengah buat business dadih dengan collagen + VCO. Alhamdulillah business okey buat masa sekarang. Before this pun Tasha dah buat jula dadih kecil-kecil kat rumah so tak susah sangat lah nak mulakan semula kat Arau. Kena pandai bahagi masa antara nak study dengan business. Mula dulu susah jugak. Nak cari tapak laa barang laa huu..Finally, boleh jugak manage.

Nak cerita pasal kehidupan dekat rumah sewa. Tak banyak sangat nak cerita. Takut jugak stalker baca sentap pulak nokk..hee Lumrah lah bila hidup bujang berkongsi rumah sewa. Masing-masing dengan ragan dan songeh sendiri.

Okey. Let move back ke topik asal. Mentaliti orang bercinta.
"Aku tak boleh hidup tanpa Kau"
"Aku sayang Kau"
"Kau pilih antara aku atau dia"

hee tu semua solan yang wajib keluar dari mulut orang yang bercinta kan. I'm as the one..hee Yela kena jugak ngaku. Sometimes perempuan mudah emosi dan buat keputusan tanpa fikir pro & con..Ending nya masin-masing merana. Bila bercinta memang lah indah. Tapi nak pertahankan cinta tu bukan benda yang mudah. Sangat susah bila melibatkan orang ketiga. Dan sangat susah bila partner tak nak terima kekurangan kita. Bila kita dah kata kita cinta dia kita kena terima dia seadanya. Jangan sesekali membuat perbandingan antara dia dengan orang lain. Ini boleh mengguris hati dia.

Okey lah..Nak kena siap-siap and kemas rumah pulak..hee

Salam bertemu nanti..:D

Thursday, May 10, 2012

Aim

hee..ta sabar nak habiskan semester terakhir. And ta sabar nak bergelar Graduan :) InsyaAllah..

Sunday, April 29, 2012

4:58a.m

Kena belajar redha , rela , lepaskan, baru la ikhlas dtg. kalau dak, mmg serabut otak and boleh tekanan jiwa. Breath.....Natasha....Breath...hihi. *senyum*


Allah sentiasa ada di sisi. Seberat mana pun dugaan nya pasti ada jalan keluar InsyaAllah.


Cuba baiki diri untuk jadi insan yang lebih baik..hihi mulakan dengan menjaga solat lima waktu. InsyaAllah everything will be fine dengan izin dari yang Maha Esa..:)

Collagen + VCO


Salam..hee i'm taking new supplement for skin. Yela usia makin meningkat amat digalakkan untuk mengambil supplement. Siapa-siapa yang berminat untuk mencuba boleh contact Tasha ea..:)
RM100 for both.. affordable

Wednesday, March 28, 2012

Kasih Sayang


Assalamualaikum.
Setelah sekian lama saya menyepi dari menulis apa-apa entry. Kali ini terasa sangat rindu untuk menulis di saat hati mula bersedih. Ya Allah betapa hebat dugaan yang Engkau berikan kepada aku. Aku hamba Mu yang sentiasa tidak lari dari melakukan kesilapan. Dugaan yang datang bertubi-tubi menguji keteguhan iman hambu Mu ini. Aku terasa kredil di saat ini. Aku terasa sunyi. Di setiap malam air mata aku tak pernah kering daripada mengalir. Ya Allah. Benarkah aku tak layak untuk di sayangi? Aku benar-benar rindu gelak tawa keluarga aku. Mama Papa. Andai Mama Papa baca belog Kak Long, Kak Long nak beritahu yang Kak Long sangat merindui Mama Papa dan Adik-adik. Kak Long sangat-sangat rindu. Kak Long nak belajar sungguh-sungguh. Nak bukti dekat Mama Papa yang Kak Long berguna. Kak Long nak bawa Mama Papa pegi konvo macam Diploma dulu. :)

Mama Papa sentiasa dekat hati Kak Long. Dan buat kembar tersayang Sayang dekat Awk tak pernah hilang. Awk ingat tak kita pernah duduk di dalam rahim Mama sama-sama. Kalau Awk sakit saya pun akan sakit. Awk tolong jangan bencikan saya. :(

Pukul 2.56 a.m. 28 March 2012

Kak Long harapkan restu dan doa dari Mama Papa untuk Kak Long terus berjaya dalam hidup. Amin

Friday, February 24, 2012

Rahmat ;)

Alhamdulillah syukur..Final year result..hee :)

Wednesday, February 22, 2012

Past is past

click on picture
Salam..Hye..
Past is past..Why people always keep on "kacau" ha? Sah-sah and terang lagi bersuluh guna spotlight lagi Kau nak ngaku Kau ta salah ke?

Geli tekak baca blog Kau. Meremang bulu roma bila scroll entry blog Kau.. Aishh..Astagfirullahalazim..
Feeling sick to face all nonsense things..

Hukhuk..
Dear Allah SWT, please make me strong..Amin :)

Monday, February 20, 2012

Priceless

Salam..
Dalam hidup kita pasti ada a fews things yang sangat susah dilupakan and memori tu sangat ta ternilai betapa indahnya. Bagi saya ada benda yang kekadang ta pernah terlintas di fikiran yang saya akan lalui dan rasainya sendiri. hee Alhamdulillah. Thank God.

 On my birthday last year. Memang saya ta jangka akan dapat parcel from someone special in my life. Birthday saya on 14Nov and received a parcel on 24Nov. Sebelum ni handphone saya memang rosak and ta boleh nak on call, just boleh text saja. So saya kerap jugak lah merungut dekat dia cakap nak handphone baru. hee and yes.! I got a new phone on my birthday.
Siap dapat birthday card and new sim card. Before this saya guna prepaid. Nak gayut pun fikir beribu-ribu kali bcos the cost itself hee Kita ta kerja tinggi and gaji pun ta besar. Mana mampu nak topup tiap-tiap hari. So dia pun belikan sim card line on his name. Monthly payment rotate every month. Baru adil kan. Bila dia ada lebih dia yang bayarkan bil and sebaliknya bila saya ada lebih saya pula yang bayarkan. ;)


Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.
Luv u..
Mis u..
B


New sim card


Cik abe dok jauh. Kena lah buat koleksi tiket-tiket bus. hee Meme sebelum ni ta bajet pun dapat jumpa family dia. Cousin-cousin dia sangat memahami and very supportive no matter what it is diorang sentiasa ada. Plan dulu nak pegi masa hari raya tapi ta jadi atas sebab ta dapat di elakkan. Postpone punya postpone until 23Dec2011 baru lah berjaya jejak kaki ke Kelate. Saya ta pernah pegi rumah family lelaki sebelum ni and this was my first time experience and i'm really appreciate apa yang diorang dah buat untuk saya. Layan saya. hee Yang lawak nya saya ta pandai berbahasa Kelate so that nganga lah dengar diorang bercakap. HAHA diorang mengumpat pun confirm saya ta faham.
On 25Jan2012 saya pegi Kelate for second time. As usual tidur rumah family dia. Kenal adik beradik dia. Dah tahu keadaan rumah dia macam mana. Keluarga dia sangat memahami. Habis semua sanak saudara jumpa. Mak, Mak Cik, Pak Cik, Sepupu, Adik Beradik, Ipar..Yang lawak nya Ma cousin dia and kakak dia dah mula berbincang pasal hubungan kitaorang. huu Diorang nak hubungan yang elok lah. Ta elok kan ta ada ikatan pape. Teruja dengar hee malu pun ada..InsyaAllah ada jodoh bersatu jua kan..:) Sangat ternilai pengalaman ni.
Cik abe punya lah risau saya naik bus sorang. Keep on msg-ing and call-ing sampai lah ke Pasir Mas.

Seriously, I'm falling in love with You, :)

Lies

Everybody lies but the different is kantoi dengan ta kantoi aje. Penipuan langsung ta memberikan pape keuntungan mahupun kebaikan. .
*************


Friday, February 17, 2012

Skin

 Gambar ta edit langsung 100% and just guna camera handphone je :)
Okey..Bukan nak tayang muka hee btw nak bagi tahu yang muka ta ada acne and bintik-bintik hitam dah dekat hidung ;) Gambar ni nampak mata sebam kan hee Abaikan saja ea..
For now tengah guna Herbal Product Skin from UK (Herbarities Dark Marks Away) and the cost only 40RM for 30ml. Memang botol dia agak kecil tapi berbaloi lah. Jangan guna banyak kali dalam sehari. Twice a day pun dah memadai. I'll upload the photo to show how it look a like okey..See yeah..Salam :)

Apple & Manggo

Salam..
Bangun awal pagi semata-mata nak siapkan tempahan dadih untuk pasukan bola sepak PDRM BN 2..
Alhamdulillah sempat siapkan dengan bantuan adik-adik ;)
Apple = Hijau
Mango = Oren

Perfect

Wednesday, February 15, 2012

Jelly & Dadih



Okey. Saya dah ada business baru hee Alhamdulillah everything perfect. For the begining saya supply untuk kedai dalam Kem PGA dulu and then ada ambil tempahan untuk function :)

Sekarang tengah busy siap kan untuk tempahan pasukan bola sepak Kem PGA hee..thank you Papa sebab carikan customer

Anak Pesara Tentera ;)

Mengapa membisu tatkala kebenaran jelas terbentang. Mengapa perlu bertegang leher tatkala pembohongan jelas terpancar. Jujurlah dalam setiap perhubungan nescaya kebahagiaan akan berpanjangan. Amin :)
Click picture
Sumpah ta tahu nak cakap apa bila tengok blog perempuan nih. Jangan nak berlakon innocent lah kalau sebenarnya ta. Jangan bercakap tentang Islam hanya semata untuk tutup aib sendiri. Lepaskan dia kerana dia bukan milik Kau. Jika Kau muncul hanya lah untuk merosak dan letak pasir dalam periuk nasi dia, better get off laa bitch..! Komen Kau dulu kat blog aku still ada untuk sebagai bahan bukti. Malu lah kalau nak kena jilat ludah sendiri. Ta payah nak masuk dia kembali dalam jail macam dulu Kau buat tu. Enough lah. Kau harap dia baca blog Kau and akan simpati dengan Kau? Yeah. Dia memang baca blog Kau. Kau patut malu update blog meletakan nama dia lagi. Kau ta ingat ke apa yang family Kau buat dekat dia. Jangan sebab nafsu bodoh Kau tu Kau babit kan orang lain. Nauzubillah..

Wednesday, February 1, 2012

Sesal Mendua :-D

Okey lah..Nak share something. Guys.! Have You heard before “Perempuan curang? Or She’s cheating on You?” There’s a few reasons that I think why girl curang..
Reason 1
Long distance relationship atau hubungan jarak jauh. Memang sometime people always think that jarak boleh mengeratkan hubungan atau jarak mungkin boleh buat hati saling menyayangi. Itu ta dinafikan memang ada benar nya. Bila kita jauh antara satu sama lain rasa cemburu and syak wasangka sangat menebal di dalam diri pasangan. Macam bagi saya, saya pernah and now I’m still go on with long distance relationship, ia agak susah dan memerlukan iman yang kuat kot. Engkau orang ingat senang ke tengok hari-hari orang balik dari office di jemput and di hantar oleh partner masing-masing HAHA timbul jugak perasaan “Eh. Aku nak cari spare part lah” but dalam hati still sangat sayang kat partner yang jauh di mata tu..:)
Reason 2
She’s always need ur  attention. Bila partner ta bagi full attention kat perempuan, maybe she’s will think that You not love her anymore. And that why lah dia mungkin akan mencari lelaki baru yang bagi perhatian kat dia. Macam partner saya dia ada cara dia sendiri untuk tunjuk perhatian dia. Dia belikan nombor line untuk saya and we connect each other thru phone call. Gayut sampai lebam HAHA monthly payment dia yang settle kan. Sangat sweet macam gula-gula..HAHA
Reason 3
We hold relationship dalam masa yang agak lama. Engkau orang dah bercinta untuk masa yang agak lama. Manusia ni memang ta sempurna and manusia ta pernah puas dengan apa yang dia ada. Perasaan bosan itu lah kadang-kadang menjadi penyebab utama untuk berlakunya curang. Korang kena pandai fikir cara macam mana nak bagi hubungan tu ta nampak bosan. For example, korang mesti lah msg hari-hari kan..cuba korang jangan guna ayat yang bagi partner korang boleh hafal. HAHA macam saya dengan partner. Saya dah boleh hafal ayat msg dia hari-hari. Pagi dia akan wish “Morning” and then I will reply “Pagi” HAHA untuk msg seterusnya saya dah boleh agak dah dia akan tanya “Wtpe 2?” So ta mau laa msg yang macam ni kan..boleh buat partner bosan..HAHA for my partner> “I ta bosan dengan You okey”
Reason 4
Tunjuk yang korang sebagai lelaki sayang kat partner korang. Contoh macam buat surprise untuk partner. Dengan cara tu akan buat diorang ingat kat korang hari-hari and she’s will think “Owh romantic nya Boyfriend aku”..Okey meh saya nak bagi contoh. Macam partner saya kan dia bagi something by post straight away from Subang. Bagi saya sebagai wanita..eh silap..sebagai perempuan happy gila babeng Kau bila posmen mai terpacak depan rumah and I’m keep smiling for the whole day because I just received a courier..HAHA Moral of the story, hubungan yang jauh tu boleh hangat bila korang buat benda-benda macam ni. Dan secara ta langsung perempuan ta akan curang
Reason 5
Jadi pendengar yang setia and always amal kan give and take in relationship. Sebagai partner korang kena lah dengar bila si dia nak mengadu sesuatu. Sometime benda yang dia ngadu mungkin bagi korang merimaskan but please lah jangan tunjuk sangat yang korang tu rimas dengan partner. In relationship kita kena trust each other. Jangan cari orang ketiga untuk luah masalah korang dengan partner. I'm talking based on my experience dengan partner. hee Betul. Satu ketika dulu partner saya akan cari kawan rapat dia bila dia gaduh and ada problem dengan saya. The problem its become worst bila membabitkan orang ketiga. Better kalau kita sit down together and start talking and discuss the oroblem rather than share with someone yang ta ada kaitan dengan hubungan korang..:)

Intai-intai

Salam..hee
Agak lama jugak lah belog di private and agak lama jugak lah saya sebagai “pengarang” ta berkunjung ke sini. Pernah terfikir nak tukar URL belog sebab ta suka musuh yang suka stalker and scroll entry post saya and then duk jaja cerita “aku kutuk dia dalam belog”! HAHA hello..i’m not mention ur name okey..! So ta payah nak sentap and terasa lah. Siapa yang makan cili dia lah yang rasa pedas kan..
My daily life go on as usual..much better than before. And for now I’m just finish my practical training as Audit Trainee at AJ Isma & Partners. Rezeki murah buat masa ni and Alhamdulillah big boss offer suruh continue my work as Audit Assistant for 4months until 5th of March. Hee  Lepas tu kena lah proceed with my studies HAHA..Final semester in doing Bachelor in Accounting (Hons). And I’m very exciting untuk ikut jejak my twin kan. Fresh graduate from UUM and now she’s got the new job. Alhamdulillah again to Allah S.W.T.
Lama kan ta share pasal beauty dengan You guys. Mesti korang dah tahu kan yang I’m taking Jamu Mustika Ratu Perawatan Remaja Putri for a few  months. Muka dah brighter than before. Acne pun dah ta ada langsung even time datang bulan. Makan Jamu pada usia yang muda sangat bagus. And Jamu ada juga pros and cont dia. Badan akan cepat berpeluh and ada bau sikit lah kalau korang betul-betul ta take care pasal badan korang. Macam saya, saya akan make sure pilih baju yang serap peluh and mudah masuk angin. Tu salah satu cara lah. Deodorant and perfume always dalam handbag hee Minum air putih banyak-banyak and its really work for ur skin..
For now I’m looking for taking a supplement lain.. Untuk bagi putih pulak kan. Hee InsyaAllah ada masyuk sikit boleh lah amik collagen pulak kan..The cost itself sangat mahal..One of my friend jual collagen and dia sendiri pun dah try and sangat berkesan. HOHO I’m very exciting to try it by the next month..
huu..Encik partner sudah berangkat ke Labuan..:( Hope everything will be fine..Love You..HAHA
Will be more new post after this..See yeah..XOXO