click!! click!!

MenjejakiSaya

Monday, January 31, 2011

Unchanged

Entry kali ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada..hee..Hanyalah rekaan semata-mata..Kepada yang terlibat di dalam entry kali ini..Thanks a lot..million..million..:)

Bila ingat kembali memory yang lepas..kekadang boleh senyum sorang-sorang di buatnya..Last year..
Pertemuan yang tak dirancang..hahah tak masuk dalam planner pun..Starting from Nadia..dia nak jumpa kawan dia..and on the next morning kami di jemput ke weeding Azilah Johari..hee kawan kecik-kecik masa diploma dulu..Petang tu kereta di pandu laju menuju ke Jitra..Pick up jejaka-jejaka yang tak dikenali..bahahah..gila tak berani oo..pi jumpa orang tak kenal..So dalam kereta ada 5 manusia ke semua nya..Masing-masing pakat dok tanya nak pi mana next destination..aiyaa..perah otak dok pikiaq.."Jom pi makan.." ermm aku dah hilang ingatan..lupa nama tempat tu..tapi yang pasti di tengah-tengah Alor Star kot..pit stop pertama ; Bank Islam..draw duit..Nadia turun..tinggal aku dengan mereka berdua..Malas nak layan sebab tak kenal..Actually one of them adalah kawan Nadia..hat lagi sorang tu aku tak kenal..Sumpah..first dengar nama dia dalam hati aku dok kata "awatlah nama dia pelik" hehe H@#$%..mana ada lagi kawan aku nama macam dia..
Sampai kat kedai makan..aku berjalan sebagai kepala keretapi..! pi cari tempat betul-betul bawah kipas..panas..Dah semua order makanan..Masa dok tunggu makanan sampai jejaka sorang ni dok betul-betul depan aku..dia asyik dok main hand phone..msg girlfriend i think..:) Sampai je Nasi Goreng Daging Merah, aku dengan sepantas kilat bangun ubah tempat duduk sebelah jejaka tu..hahahah the reason is..aku tak selesa makan mengadap muka dia..satgi mula laa aku nak makan control cun..!
Selesai makan..next destination..Dataran Alor Star tu yang betul-betul depan masjid..tak tahu laa nama masjid tu..Lepak kat situ..duduk sebelah jejaka tu..Sumpah terkejut dengar dia cakap..Kelantan kau..! mati..aku dah laa tak faham bahasa Kelantan..banyak kali oo asyik cakap dengan dia aku mesti kata "Haaa.." tu menandakan aku tak faham..bahahah Tapi tak pe..seronok sembang..dia macam tak mau cakap dengan aku..hahah lantak kau..kira paa aku..nak jugak cakap..!
Bosan lepak kat Dataran..pi pulak kat airport Kepala Batas..hee..syok lepak kat situ..Ayat yang aku tak boleh lupa jejaka tu cakap "Kakak dah ngantuk" hahah aku memang tak tahan malam tu..mata berat kot..mau ja aku baring tengah-tengah jalan tu..Dia bagi gula-gula halls ke cloret..ermm tak pasti tu..pedas kot gula-gula tu..tanya dia "kenapa bawa gula-gula.?" dia kata untuk bosan-bosan..hahah dia tak smoking :) Dia siap tunjuk ic dia..ic dia tak sama dengan aku..hahah aku bukan army ok..! 9Sept1988..terus masuk dalam kepala otak..tak boleh nak delete dah..huu..
2jam selepas tu..datang kereta peronda polis..aiyaa..dah rasa macam penjenayah..! nak lari..! takut..! even aku tau Papa aku pangkat lagi besar dari pak cik tuu..hahahah ceh..kurang ajaq punya pak cik..siap mintak ic kami lagi..lepas tu siap cakap nak call bapak aku pula dah..pak cik tu kata "Nak ke pak cik call bapak kamu cakap..Tuan anak tuan kami jumpa tengah merayau.." gila babeng lah pak cik..hahah kes nak bagi aku kena pancung kepala lah tuu..Aku dengan Nadia cuba apply segala macam pujuk rayu..hahah berhasil..Jejaka-jejaka tu diam membisu..Jenuh kena layan pak cik tua tu menyembang..dok cerita zaman kegemilangan dia kat kami..perrghh..Papa aku pun tak cerita semua tu..
Percaya tak kalau aku cakap aku yang mintak number phone jejaka tu? hahahah Start dari hari tu kami berhubung sampai sekarang thru msg, phone call, WC, facebook-ing, YM-ing..hahah 

                                           ************************
Tu laa orang cakap memory tak akan berubah..Unchanged..No matter what it is..hee..

Regards,
Natasha Aziz.

Segment - "Blog Aku, Bukan Privasi Lagi"

Syarat dan Terma ;

  • Follow Blog ini jika perlu."Aku dah follow."
  • Buat satu Entry ; "Blog Aku, Bukan Privasi Lagi". "Entry in progress..hee"
  • Letakkan header Blog Privasi dan Linkkan ke sini.."Done!"
  • Describe Blog Anda.(Simple is the best)
" Story line dalam blog aku update lebih banyak kepada personal, family, daily activities and friends. Update will be about almost every single thing that happens to me everyday. Cuba mengelakkan setiap entry aku lari dari story line..:) Aku tak cari follower sebab takut diorang bosan baca entry aku..hee"


  • Tagged 3 Kawan Anda. Pastikan mereka tahu tentang Entry ini. Ingatkan mereka. "InsyaAllah akan di ingatkan"
  1. Nurul Nadiah
  2. Cik Rehan
  3. Ummi Nazira
  • Tarikh Tutup : 5 February 2011

Sunday, January 30, 2011

Suka Sama Kamu

bicara tentang maaf

Never explain yourself to any one.
Because the person who likes you doesn't need it,
and the person who dislikes you won't believe it.

"aku akan pegang prinsip tu"
****************
Pernah dengar tak pepatah ada cakap.."perlu mengalah untuk menang.."
Aku cuba untuk praktikannya..and its work..!
Sometimes benda tu akan jadi sangat complicated if both of us tak nak say sorry..Aku cuba ambil jalan yang positive..Cuba untuk mengelakkan sesuatu menjadi lebih teruk dan parah..Tak salah kan kalau kita diam untuk seketika..biar semuanya kembali tenang..Aku lebih suka mengamalkan silent treatment bahahah Walaupun kekadang tak berkesan bagi aku..And macam tuu juga lah aku solve problem dengan kawan aku..Tak tahu celah mana datangnya masalah tu..tup tup..gaduh..siap cakap tak nak kawan dah..aiyaa... Orang cakap duduk face to face and open conversation..Actually memang nak buat macam tu..Problem is..hahahh jauh owh..Aku kat utara tanah air..
And now..semua problem dah settle down..Alhamdulillah..hee..Semalam try untuk tanya apa masalahnya..fuhh..lega..Finally dapat tahu punca nya..Yelaa kalau masing-masing nak diam biar bengkak kat hati tu kan tak elok..apa-apa pun boleh bincang kan..:)

"click gambar untuk lebih jelas"

Online sampai weng..hahah WC bebagai..dia je on..aku off..hahah sangat fair.! excited bila dah WC..senyum macam orang gila sorang-sorang kat bilik..Suruh dia dengar lagu D'bagindas band..tajuk lagu Suka Sama Kamu..hahah Aku nampak kau gelak sampai bergetar badan..! Tahu laa lagu tuu best kan..hahah
Sorry for everthing.."Older post saya tak dapat nak delete..walaupun awk mintak untuk saya delete..".hee

Regards,
Natasha Aziz.

Friday, January 28, 2011

it could be turn back

"Buruk siku tak kalau aku nak kembali benda-benda ni?"
hee..mestilah aku tak kejam..buruk bebenor perangai nak balik benda yang dah dibagi..hahahah..actually takut..buatnya kau baling campak buang..kecewa aku owh..:)



                                                    **************

Semalam..pegi bilik Puan Hashimah..malas..nak semak samaada aku diterima ke tak kat firm tu..Ok..setelah dipaksa..aku masuk.."Puan..saya dapat tak jawapan dari company tu?"..Puan kata.."cuba tengok kat fail tu"..
Sepantas kilat selak file tu..owh..Aku dapat..! "Alhamdulillah..syukur"..make a phone call..of cause laa kat Papa..hee..AJ Isma & Partners..teruja..since nih first time kot aku dapat rasa macam mana seksanya mencari kerja although it just practical training.. 
Walaupun lately ada saja masalah..tapi tak pe..everything will be ok Natasha..everything will be turn back as usual..Amin..

Regards,
Natasha Aziz.

putus KAWAN..

Sedih..keliru..buntu..tertanya-tanya sendiri..Salah atau dosa? Binggung..Gelabah..Sendirian berfikir..Apa makna sahabat? Apa makna kawan? Tiada makna bagi kau eh..Ermm..tak mengerti..takut untuk tahu kebenaran..takut untuk rasa sakit..
Engkau boleh putuskan kawan..Maaf..aku tak sekuat kau..aku tak sekejam kau..seburuk aku..tak pernah terlintas untuk berkata seperti kau..Kau hebat!..tahniah..
Disaat dan diketika kau kata "tak dapat jadi kawan"..sumpah..aku tak faham..mengapa? Malas nak bertanya..kau seolah berdolak-dalik..Kau hebat kan..ye..aku tak ada apa-apa..Aku faham itu..Aku diam..merelakan semuanya..Kau boleh berlalu pergi..Ye..aku izinkan kau pergi...tak berdaya untuk kata tidak..Redha..
"Ya Allah..satu persatu sahabat aku hilang dari aku..Kuatkan semangat aku untuk tempuh semua ini..Amin.."

Regards,
Natasha Aziz.

Friday, January 21, 2011

bila INAI di hujung jari..

"click gambar untuk lebih jelas"

mari focus kan mata anda ke hujung jari saya..<3

Regards,
Natasha Aziz.

Wednesday, January 19, 2011

hati SAYA berdoa..:)

"Ya Allah..Semoga suatu hari nanti akan ada seorang hamba Allah yang tidak akan pernah merelakan aku pergi dari hidupnya dan berjuang mempertahankan cintanya..Amin.."

KAU nak PERGI?? OK!

12.14p.m.
19JAN2011

Bangun pagi..godek-godek jalan pergi toilet..Semangat aku nak pergi kelas pagi tadi..kelas QMT..hee..yelaa semalam aku dah settle down semua tutorial QMT..that why lah aku nak sangat pergi kelas..Cuba kalau aku tak buat tutorial..hahah mampus tak selera nak pergi kelas..Received phone call dari Papa.."helo..Along buat apa? baru bangun tido ke?"..yeah..aku pelik dah..pehal Papa call..15minutes later..second phone call dari Papa.."kat Arau dah"..hee..hati berbunga..Papa hantar masuk UiTM pagi tadi..Stess semalam akibat memikirkan satu assignment AIS yang terlupa nak submit..owhh..bukan setakat lupa submit..buat pun tidak..sangat kecewa..suppose submit semalam..malangnya last week aku tak ingat langsung yang Puan Faizah ada bagi kerja..tak set pun dalam planner..ni lah akibatnya..Ok..aku mengaku tu memang salah aku sendiri..Lalai..:(
                                            *************************
Jumaat..Housemate aku nak berpindah keluar ke rumah sewa yang lain..ada perselisihan faham sedikit dengan roomate dia..Ok laa OC..aku dah berfikir..tak guna jugak aku nak halang dia keluar..even aku nangis air mata darah pun mungkin dia tak akan berganjak dari keputusan dia..Aku hormat keputusan dia..Aku nak yang terbaik je untuk dia..Sentiasa akan doakan dia berjaya di mana jua dia berada..Hopefully dia tak lupakan aku..:(

                                           **************************
Mari nak cerita pasal pelajaran aku pula..Lately ada certain class yang aku sangat malas nak attend..huu.."Kenapa dengan kau ni Natasha?" Hormon tak menentu kot minggu ni..Aku kena set semula time untuk aku buat revision..Hopefully it will be better..:)

Reminder: Practical <3

Regards,
Natasha Aziz.

Tuesday, January 18, 2011

25 Random About Me..:))

Di tag oleh Farah Roslan
meh kita jawab..

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation s highly appreciated."

yeah..lets check it out..! bahahah..

1 # Nama seperti di myCard..NURUL NATASHA BT ABD AZIZ.
2 #Currently studying at UiTM Arau Perlis.
3 #Bachelor in Accounting(Hons).
4 #Single and available..:)
5 #Never fall in love..*dusta jaa..!
6 #Kakak sulung.
7 #Twin..Nurul Nadiah
8 #Addicted = Nescafe
9 #Gigi yang sangat tak sempurna.
10#Talesmia minor
11#Favorite band = The Face and D'bagindas
12#Homesick..obviously..asal balik Arau je dah tak sabar balik hometown..
13#Low level confident.. tehee...
14#Suka duduk bongkok..tak reti duduk tegak..
15#Kaki bergetar bila khusyuk study..hee..
16#Suka draw something bila bosan..yang jadi mangsa adalah orang yang rapat dengan aku..
17#Webbie..:))
18#Dahi banyak garis halus..akibat berfikir terlalu kuat..!
19#Penakut..dengar bunyi sikit aku dah cuak..pucat satu badan..
20#Tak suka basuh baju guna tangan..
21#Kuat merungut dan tak boleh belajar susah..even naik bus pun aku tak mau..owhh kronik..!
22#Ketawa bunyi agak pelik..bila terlampau happy gelak aku dah bunyi gelak besar lelaki..:)
23#Pandai kawal emosi..hee..betul aku tak tipu..sedih mana pun aku akan cuba senyum..!
24#A lot of yellow BAJU KURUNG..
25#Hanya ada sepasang tudung ..:)

Meh kita tag 25


huuu..for now banyak ni je yang dapat aku tag kan..hee..puas aku cuba untuk tag..agak busy..cuba cari ruang kosong untuk siap kan menjawab benda nih..:) Alhamdullilah..done..!

Regards,
Natasha Aziz.

Sunday, January 16, 2011

run AWAY..

Cukup panjang kah kaki Kau untuk lari..lari dari kenyataan..Tak kuat dan tak cukup berani untuk meletakkan diri Kau di situ..??? Cuba untuk mencari satu penyelesaian..Yang pasti itu semua tak mudah seperti yang di sangkakan..Mata seolah-olah sudah akrab dengan butir-butir jernih air mata..Kekadang timbul rasa benci terhadap diri Kau sendiri..Kenapa Kau begitu lemah..Bukan selama ni Kau bangga Kau kuat?? Kau tak mudah menangis.."Please be back yourself!!"

                                                          ********************

Sebelum balik Arau..Aku ada perselisihan faham dengan Mama Papa..since 3January aku tak pernah balik lagi rumah..Sejujurnya aku sangat rindukan rumah..Mama msg aku..Aku seolah-olah dah tawar hati dengan semua itu..Aku bukan cuba mengelak untuk tidak bailk..cuma aku agak busy dengan assessment..owh Mama..Kalau Mama baca blog nih..nak Mama tahu yang i'm really miss you..Ok..bila aku on Facebook..Adik-adik tanya "Kak Long tak rindu kami ke?"..sumpah aku rindu..tunggu CNY..aku balik..hee..dah gaya rupa orang yang dok study kat overseas pula..:)
                                                           ********************

Semalam balik dari rumah Aliyah..dia dah selamat bertunang..agak penat..a lot of thing kena prepare..dari hiasan rumah hingga lah ke bahagian dapur..Di saat aku busy..dapat juga aku melupakan segala masalah yang bersarang dalam minda aku ni..And bila sampai Arau..duduk di ruang tamu..OC balik..OC cakap.."Tasha aku ada benda nak bagi tau..tapi tak pe laa..lama-lama nanti hang tahu laa"...Hati aku berdebar-debar..aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena..OC nak pindah rumah lain..Mata aku berkaca lagi sekali..again and again..owhh..Tak dapat terima semua nih..OC jaga aku sangat baik..Perasaan malu hilang di saat aku menangis di hadapan empat orang housemate aku..seboleh-bolehnya aku tak berniat untuk tunjuk air mata aku..
"Ya Allah..aku tak ingin kehilangan sahabat yang banyak tolong aku..Engkau bukakanlah hatinya agar berubah fikiran..Amin.."

                                                          *********************

Pernah dengar tak pepatah ada sebut.."Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul buat kita.."

Regards,
Natasha Aziz.

Friday, January 14, 2011

Ok..Aku ego..!

11.46a.m.

Gila kah pagi-pagi dok hantar msg?? Tak harap pun nak msg dari You..errmm..sial lah..! Tak nak amik tahu pasal You la..! Paham tak..
"Asal weekend je baru nak cari I ea.."..owh sorry dear..sangat busy untuk layan You..You boleh main jauh-jauh naa..:)
Bye..

Regards,
Natasha Aziz.

Thursday, January 13, 2011

take a break with coffee..:)

9.16a.m.
Thursday

Pagi yang indah..duduk di ruang tamu..berteman kan secawan kopi dan senaskah komputer riba..lalala..Bangun pagi pukul 8.40a.m..Kaki longlai melangkah turun dari katil..Mengatur langkah ke kamar mandi..hee..ayat yang berbunga-bunga..Dalam toilet aku renung lama-lama muka di depan cermin.."Ya..ni baru lah Natasha!"..hee..Lately aku mudah sangat nak touching..tak tahu lah..may be dekat tengah-tengah bulan kot..:)
This week kalau aku bangun pagi je muka aku mesti berkerut..mengeluh panjang seolah-olah sedang memikirkan sesuatu..And minggu ni juga aku sangat malas untuk buat semua tutorial questions..aisshhh..awat lah jadi lagu nih..Awal tahun hari konon beria-ria buat azam berbagai-bagai..Macam mana laa nak berjaya azam tu kalau aku still macam ni..Balik Arau je aku kerap sangat terlepas solat lima waktu..errmm asal balik kelas penat terus masuk bilik naik katil tidur..! macam tu laa aku..Kalau kat rumah aku kerap sikit sembahyang sebab adik aku rajin sembahyang..so aku pun terikut-ikut..
Owh..Ya..aku bangun pagi ni..sangat pelik..aku tak terasa nak balik rumah..may be after Kak Ngah msg semalam..And i think its better if aku tak balik rumah buat masa sekarang..Settle all the things..Modul..Engagement..and so on..ermm..cakap pasal modul and engagement..Actually aku dilemma..Dua function on the same date..could you believe it..:( Nak sangat pegi majlis pertunangan Aliyah..one of my BFF..<3
Tak pe..nanti aku kena fikir lain..modul  tu pun agak penting juga..:(

                                                     ************************

Ok lah..sampai sini saja..Nak pegi buat tutorial account..hee..class 11a.m..bahahah hebat kau Natasha..! 


Regards,
Natasha Aziz.

Wednesday, January 12, 2011

tears*

Aku mencari ruang kosong petang ini untuk mencoret keluhan..kekesalan??..Aku biarkan pertanyaan itu tanpa sebarang jawapan..
Aku penat untuk berhadapan dengan situasi ini..Aku tidak ingin kelihatan seperti "perempuan lemah"..Perkataan itu tidak pernah muncul atau singgah di benak hati aku..
Aku cuba untuk jadi manusia berhati batu..
"Ya Allah..kenapalah engaku kurniakan aku hati dan perasaan.."
Mungkin ketika ini aku kelihatan seperti manusia yang tidak tahu bersyukur..:(
Perlukah aku luahkan setiap bait-bait kata yang engkau lafaz kan kepada aku?..
Patut kah aku menangis meraung bagai orang gila di saat menatap gambar kau..? hati aku luka..Saat ni aku memerlukan Mama.."Mama..andai Mama ada kat sebelah kami..kami nak je menangis..nak peluk Mama.."
Kecundang jua aku hari ini..butir-butir jernih jatuh membasahi pipi..Aku terduduk di balik pintu bilik disaat roomate aku keluar pergi kelas..Menangis sendiri..
sumpah.! aku tak kuat untuk semua nih..aku tak sekeras batu..aku tak tahu apa harus aku buat..haruskah aku lari dari semua masalah..sedangkan aku tahu itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik..:(
Aku tak minta untuk berada di situasi sekarang..Aku tak pilih untuk semua ini..Andai aku punya kuasa untuk menukar segalanya kan bagus..owhh..itu hanyalah ilusi..Aku tak sekuat yang kau sangka..Aku mampu senyum depan kau..Aku mampu gelak ketawa untuk kau..Aku cuba untuk memahami kau..Aku cuba membuat pelbagai andaian..hanya semata-mata untuk memujuk hati aku supaya berada dalam keadaan tenang..setenang yang mungkin..
                                                               ************
Ketika dam saat ni..Aku hanya mampu berdoa agar Allah s.w.t. memelihara hati aku dari kekecewaan dan kegagalan..
"Ya Allah..Aku tak kuat untuk semua ini.."
Hanya air mata yang mengiringi kesedihan aku..Aku bukan jenis yang tunjuk kesedihan atau berkongsi kedukaan dengan insan di sekeliling aku..Aku hanya mampu pendam..Pandang jauh-jauh..Renung sedalam yang mungkin..Cuba untuk mencari jalan keluar..Tapi..Aku tak jumpa..Terlampau gelap jalan yang aku sedang lalui..Kejam kah aku andai kata aku pernah mendoakan kematian kau..? huu..Kejam kah aku andai kata aku pernah berdoa agar tidak pernah kenal dengan kau..Kejam kah aku andai kata aku pernah mendoakan kegagalan kau..seperti mendoakan agar kau jatuh atau terhempas tinggi dari awan biru..:(
"Ya Allah..Sejujurnya aku bukan lah insan sekejam itu.."
                                                             *************

In relationship, if there's no sense in waiting, then move on. If u feel that u are not valued by the person u love, then let go..even its hurt..:)


Ya Allah..Aku terima dengan redha segala dugaan dan cabaran yang Engkau berikan..Aku mohon agar Engkau kuat dan tabahkan lah hati ku ni..:)


Regards,
Natasha Aziz.

Sunday, January 9, 2011

mencarut SEASON 2..:)

10.03p.m.

Ok..Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang nih..
Rasa nak nangis..penantian yang sia-sia weekend nih..:(
Owhh..kan best kalau aku balik je Jumaat lepas..
Online je Facebook nampak perempuan tu..kerja dia asyik nak like-like je..Kau memang tak ada kerja ye budak..!
Tengok Anugerah Juara Lagu..mata bergenang..dengar lagu Shahir..:)
Tadi siang U call..gila..memang nak teriak kuat-kuat..!

Regards,
Natasha Aziz.

Saturday, January 8, 2011

tampal GAMBAR..:)

1.13p.m.
08JAN2011

Tidur semalam sorang-sorang..huu..roomate balik kampung..pasang lampu biar sampai ke pagi..pukul 10a.m baru bangun pegi tutup lampu..and then sambung pelayaran..:)
11a.m..mata aku gagahkan buka..perlahan-lahan kelopak mata terbuka luas..mata seolah-olah terpana ke arah soft board yang berada betul-betul di hujung katil..Aku nampak muka dia..Merenung ke arah aku..:)
Motif aku letak gambar tu..
# motivate diri supaya belajar lagi tinggi dari Kau..
# motivate diri supaya jadi lagi bagus dari Kau..even Kau bakal P***T..beribu batu tinggi dari aku..
# motivate diri untuk looking forward.. tak nak pandang belakang dah..just go with the flow..
  "U yang ajar I jadi macam tu"  :)
                                               ************

Buat masa sekarang aku akan focus more on study..as like what you say..Focus dengan kerja sendiri dulu sebelum fikirkan orang lain..Fikirkan orang lain itu hanyalah selingan dalam minda je..
"I will work harder..akan bukti dekat U yang I perempuan yang mampu kejar cita-cita"

                                               ************

Since aku banyak waktu terluang untuk hari ni..Plan for today..
# siapkan QMT.
# draf resume.
# siapkan MAF.
# siapkan FAR.

Lately sangat serabut..dalam perancangan nak balik rumah discuss dengan Papa pasal practical..tapi terpaksa postpone..tapi tak pe..due date untuk submit nama firm kat Puan Hashimah lambat lagi.. end of this month..still ada masa nak bincang dengan Papa.. Sangat penting bagi aku sebelum buat apa-apa keputusan..aku kena bincang dengan Papa dulu..He know more than me..:)

Regards,
Natasha Aziz.

Friday, January 7, 2011

Practical training..

Semalam memang gila..Aku tidur pukul 3a.m..tak tahu sebab dan musabab..huu..feel like missing something and tak tahu apa benda..Kotak fikiran ligat memikir..berfikir dengan tekun..Aku berfikir hari-hari yang akan mendatang..errmm..itulah aku..Benda tu tak lah seberat yang aku sangkakan..Aku perlukan Mama ketika ni..even Mama sangat lah merimaskan..tapi aku nak berada di rumah right now..:(
Fikiran aku berserabut..nak fikir pergi kelas..assignment..practical training..huu..Kelas AIS aku tak masuk lagi..nak kena join group dengan junior yang muda setahun dari aku..sangat tak suka perasaan ni..aku jenis low level confident..sangat tak berani berhadapan dengan orang lain..hee..
Tidur malam aku sangat terganggu pabila katil berbunyi gaya katil nak roboh..huu..sangat tak selesa..asal pusing badan je katil akan berbunyi..eekk..ekkk..aihh..sangat menguji tabah kesabaran kau..mau je aku lempaq buang katil tu kat luar tingkap..

                                                        **********
Aku tak faham cara hidup jejaka bergelar Airforce..susah nak bagi advice..susah nak memahami situasi dia..susah untuk mengerti perjalanan hidup diorang..susah untuk memahami jadual diorang..
"Boleh tak kalau awk terang satu per satu kerja awk..?"
"Boleh awk bentangkan satu jadual atau planner awk?"
Selalu pertanyaan macam nih yang berlegar-legar di minda aku..cuma aku tak luahkan..Cuba untuk memahami cara awk kerja..owhh..its hard..
Hope one day aku dapat faham satu per satu cara hidup Airforce..:)

                                                       ***********
Bangun pagi lewat..hahah..seperti selalu..Hari Jumaat semester nih memang tak ada kelas..boleh layan mata..tak pun balik rumah awal sehari..hee..suka..minggu ni tak boleh balik..ada kerja group..benggong punya perempuan..! suruh aku tunggu nak buat discussion..last-last diorang tak datang..aiishh..menguji betul..!
Plan malam nih nak siapkan assignment dengan resume..:)

to be continue..<3

Regards,
Natasha Aziz.
5.01p.m.

Thursday, January 6, 2011

Semester..Part 7..:)

6JAN2011
 "Ya Allah..aku begitu merindui rumah..tabah kan hati aku..berikan aku pertunjuk..Amin"
Aku dah jarang online since laptop tinggal kat rumah..plan minggu nak balik..ermm.malang..tak boleh balik sebab ada assignment QMT..dapat bayang tak assignment di minggu pertama semester..sangat-sangat tak boleh terima..paling sedih group dengan orang yang aku tak berapa nak kenal..huhuu..sedih..:(
"Ya Allah..bantulah aku untuk mengharungi dugaan yang mendatang semester ni.."
Berharap buat masa sekarang family aku berada di sebelah aku..mendengar luahan hati aku..Papa tak msg aku..selalu Papa akan bagi kata-kata semangat..may be Papa busy lately..Mama je yang sekarang duk msg aku..Aku hanya membalas kembali msg sepatah dua je.."Ok"..Kenapa ni Natasha?? aiishhh...
Start new semester..dalam planner and so on..dalam mind set..ketepikan dulu masalah dengan BF2..hahahha
Serabut..mungkin kerna hormon berubah..hee..owh tidak..! saya bukan period pun..
Papa tau aku jarang sembahyang mesti Papa kecewa..selalu terbabas time sembahyang..huhuu..nak kena set jam..bangun subuh..nak kena gajikan seseorang untuk kejut aku..:) 

Ok..sampai sini saja coretan aku..hee..lapaq!! nak makan..

Regards,
Natasha Aziz.

Tuesday, January 4, 2011

ARABIC class..:)


Cukup susah aku nak bangun pagi..mata seolah-olah ada gam gajah! aisshhh...kepala selalu je pening.hahaha mau tak pening..bangun pagi kelam kabut macam kena ligan hantu..!Awal bangun pagi ni..pukul 7 a.m..excited nak masuk kelas Arab..aiyaa..nervous aih..tak berapa pandai sangat Arab..masa sekolah dulu pun mana pernah ambil Arab..uuhh..tua-tua baru nak kena belajar bahasa Arab..agak susah nak ikut..but I will try as much as I can do..! huuh..tak akan mengalah..previous semester pun memang dah ambil Arab..hee..tak dapat A pun..B+ je..boleh lah..:)
Ustaz Tarmizi Ahmad..Ustaz baru dari UiTM Machang..hee..harap ustaz nih ok lah...

                                      *************
Minggu nih nak plan balik rumah kot..sementara tak banyak kelas dengan assessment lain kan..hee..nak minta duit sekali kat Papa..hahahah asal balik rumah je teringat duit..haha tak pernah nak cukup..haru betul..Sekarang tengah free..next kelas 2.30p.m..hee..boleh pi tdoq dulu sat..sat lagi tak laa mengantuk sangat..:)

11.25a.m.
<3<3

Regards,
Natasha Aziz.

Monday, January 3, 2011

sial..suka KAU..!!

3JAN2011
1.44p.m.

Niat kat hati tak blogging untuk seminggu..malang..iman tak cukup kuat..Hari ni first day start class..pulon laa Hakam call aku suruh bangun pi kelas..tak mampu..mengantuk gila..kepala weng..tak cukup tidur..tidur semalam pukul 2 lebih kot..
Aktiviti hari ni..online gila-gila..makan..tidur..kerja kemas bilik pun dah settle..uhh..penat..
Papa call tadi masa beli nasi ayam madu..huu..gila..sebak nak nangis..tertiba rasa rindu kat rumah..padahal baru sehari kot mai Arau..:(
"Ya Allah..tabahkan hati aku.."

                                *************

bahahha..sial..!!" memang teruja kot bila you call.."
"Hampir dua minggu tak dengar suara you..owhhh.."Aku tidur dalam senyuman..hee..Aku sempat sembang tak sampai 30minit..huu..housemate aku datang potong line..aiyaa..."tak boleh sembang lama-lama dengan you..!"
Jujur tak tipu..sayu..bila dengar you cakap.."I ada lagi kat sini..jangan risau..boleh lagi jumpa.."
Agak lama tak cakap fon dengan you..jadi kekok..suara I yang dulu rock gila babeng..tertiba bertukar..jadi slow tak bermaya..:(
Tak sanggup nak jawab fon you..tapi I gagahkan jugak..You tanya "kenapa tak balas msg masa you wish Happy New Year?"..errmmm..I tak tahu nak bagi alasan apa..ingat you kerja time tu..owhh..I salah buat andaian..:)
On that nigt jugak kawan rapat aku call.."serius..awk cakap bahasa kelantan memang sy suka..!"
Semalam memang down..baru sampai Arau..tengok bilik  selerak..berdebu.boleh ambil buat bedak kot..aiishh..lepas tu kena tukar duk bilik depan pula..errmm..penat..angkut tilam, buku-buku, almari baju..wuuarrghh..

                                   *****************
Harap semester nih aku boleh perform dengan jayanya..Amin..
Nak kena pergi beli buku-buku nota before class start..
"awk..sorry hari nih saya tak pergi kelas..terpaksa bohong awk takut awk marah.."


Regards,
Natasha Aziz.






Sunday, January 2, 2011

A.R.A.U...badly miss YOU..!

Hari Kedua di tahun 2011..
Apa nak cerita ye hari nih..nothing much to say..tengah tunggu time nak bertolak ke ARAU..errmm..
Dah pack all stuff..Tak banyak sangat pun beli belah semalam..beli barang yang penting je..barang yang susah nak cari kat ARAU..macam toiletries stuff  bahaha padahal banyak je pasaraya kat ARAU..c-mart lagi tuh..still nak jugak bagi kereta penuh dengan barang-barang yang remeh temeh tu ..yelahh..aku mana ada PTPTN macam orang lain..sepenuhnya guna loan dari Mama Papa..hee..
Semalam owner rumah sewa aku minta duit sewa lebih..haaiisshh..angin je..dia tak tau ke student mana banyak duit..ingat bapak aku cop duit ke..terpaksa bayar sebab susah nak cari rumah sewa yang dekat dengan area UiTM Perlis..:( terbang duit aku 50rm..50rm tu boleh buat makan seminggu..! tak pe lah..biar lah Mak Cik Azizah nak ambil sewa lebih pun..asal tak halau aku keluar dah laa..

Antara beg-beg yang bakal aku bawa pulang kejap lagi..2hours from now..^_^...sikit je beg..aku tak bawa balik pun baju-baju yang kat Arau..

                                          **************

Semester nih jadual sangat lah lenggang..:) suka..! Wednesday ada satu je kelas..2hours class..Dalam perancangan nak guna waktu free untuk buat revision..Hopefully aku dapat kuatkan semangat..nak ikut semua jadual yang aku buat..hee..insyAllah..Semester nih dah terjanji dengan Hakam nak dapat pointer yang tinggi..hahhaahh harap-harap dapat dikotakan..:)
Meh tengok berapa subject yang aku ambil semester nih..


"Aku ambil 5paper..4 ada final..1 tak ada final.."
Sekarang nih memang hati tengah bergelora..walaweyyy...huuu..aku memang macam ni..bila time nak balik Arau je mula aku naik meroyan..
Hakam on the way balik dari Kelantan ke Subang..hhahaha dia pulon nasihat aku dari A sampai Z..msg aku dari pagi until now..sangat sabar sungguh ANDA melayan kerenah orang macam saya..hee..

                                          ************

Dah sampai Arau nanti aku kena stop blogging..a week..errmm nak settlekan semua benda dulu..dah beres baru lah mula balik blogging..blog aku ni diari aku..rasanya macam tak sah kalau aku tak update sehari..Sapa bosan tak payah dok gatai baca..:)
Ok lah..stop setakat nih..nak kena pi check barang lagi kot-kot tertinggal..

2JAN2011.."rasa pelik pulak nak tulis 2011..selalu duk tulis 2010.."
2.08p.m..

Regards,
Natasha Aziz.


Saturday, January 1, 2011

aku TAK SAMBUT new year..! :)

Bangun pagi..owh..2011..
Bangun agak lewat hari ni..hee..seperti kebiasaan..suka bangun lewat..
Aku tak ada azam tahun baru lagi nih..gila lah..! dah masuk tahun 2011..
Malas nak berazam tinggi bagai gunung..huu..takut tak tercapai..terpaksa carried forward (c/f) ke tahun hadapan pulak..Alhamdulillah..Azam tahun 2010 semua tercapai..sipi-sipi kot..hee itu tak pasti..
Aku kan skema..kebanyakkan azam tahun baru aku semuanya pasal study..! pasal cinta tak ada kot..cinta tu kemudian lah..
Tahun lepas azam nak bagi pointer naik..yeaahh..*bangga..naik..! success..:) Walaupun study tanpa kata-kata semangat dari Mama..Mama kurang sangat ambil tahu pasal study..hahahha result aku keluar pun dia tak tahu..Yang dia tahu aku mesti GRAD..! owhh Mama..
Papa sangat supportive..Selalu msg suruh study..at least sehari mesti ada msg berbunyi.."Jangan lupa solat. Belajar betul-betul..Pastikan buat ulangkaji.."huu..itulah Papa..<3
Kadang-kadang terbabas juga aku..nama je ada jadual belajar lah..siap buat buku diary belajar lagi..tapi..errmm kecundang..:(

                                                              ***************

Ok..azam tahun baru aku..
# Dean list..! insyaAllah..
# Practical training..wee...hee..nak perform..! Kalau boleh nak tempat practical yang dekat dengan rumah je..:(
# Nak lebih consistent jaga kesihatan..Aku minor talesmia..Bahasa inggeris Thalassaemia. Adalah penyakit kecacatan darah. Talesmia merupakan keadaan yang diwaris. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tak normal. Orang yang menghidap talesmia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang cukup untuk darah mereka.Hemoglobin adalah sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal pesakit kelihatan pucat...
Aku dengan Kak Ngah minor talesmia..bukan major..! kalau major dah lama tak hidup..huu..Aku kerap letih..badan tak normal..berat susah naik..even makan banyak macam jin..! time period..owhh sangat lah lemah..hee..budak UiTM sibuk derma darah..aku tak boleh..hanya mampu melihat dari jauh..
Jadual kelas kadang-kadang sangat lah padat..aku macam mayat hidup berjalan ke hulu hilir pergi kelas..bangun pagi muka aku memang lah horrible..:( Sorry roommate..kena tengok muka aku..yang tak cukup darah..Aku lari tak sampai 10minit boleh semput macam orang tua umur 80tahun..hee..stop..banyak tu je info pasal talesmia..melalut..! Mama dengar mesti sedih nih..Bunyi dah gaya anak dia nak mati..:)
# End half of the year..nak cari cinta..bahahaha..mai-mai sapa nak bercinta dengan aku..owh..make sure naa ANDA bukan pesakit "talesmia"..heee..susah nak kahwin nanti..


Lastly.."Happy New Year..Papa Mama Kak Ngah Nabila Boy Talia Tana Tok Mak Su !!"
and tak lupa juga kepada teman-teman..! Moga tahun ni lebih baik dari tahun lepas..Aminn...


                                                              ****************

Petang ni nak kena pergi shopping..huh...buat preparation nak balik Arau..


Regards,
Natasha Aziz.